• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Wajar Timbang Semula GST – MUDA

oleh AK-47
13/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
1
Kerajaan Wajar Timbang Semula GST – MUDA
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ekonomi negara terus mampan dan teguh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Naib Presiden Muda, Zaidel Baharuddin berkata, sistem cukai GST lebih menyeluruh dan telus berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).

Menurutnya, ia merupakan satu sumber pendapatan kepada kerajaan yang lebih stabil dan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada cukai hasil minyak dan gas.

“Sebagaimana yang kita semua tahu, hasil dari sumber komoditi seperti minyak dan gas terlalu banyak bergantung kepada kesan luar kawalan dari keadaan geopolitik dunia.

“Untuk memastikan pelaksanaan ini tidak membebankan pengguna khususnya dari segi kesan ke atas harga barangan, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan GST pada kadar yang lebih rendah berbanding dahulu sebagai kadar permulaan sebanyak tiga peratus misalnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Zaidel, kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai mekanisme seperti Akta Anti Pencatutan atau Skim Kawalan Harga bagi memastikan kestabilan harga barangan sewaktu proses migrasi sistem percukaian selain daripada mengenakan kadar 0 peratus kepada barangan asas atau kritikal.

Jelasnya, negara memerlukan sistem cukai yang lebih telus dan menyeluruh, selain berfungsi sebagai punca pendapatan yang lebih konsisten kerana ia juga merupakan sistem percukaian yang lebih efektif dalam membantu kerajaan membuat kiraan dan unjuran dari hasil cukai pendapatan.

“Sudah tiba masanya, untuk kita berfikir secara objektif dengan matlamat yang jelas, dan menimbang dengan serius akan pelaksanaan semula GST.

“Insya-ALLAH, dengan pengalaman yang lalu dan mekanisme yang tersedia ada, kita mampu melaksanakan GST dengan lebih efektif dan berkesan kali ini,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: GSTKerajaanmuda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tong Gas Meletup: Mangsa Melecur Seluruh Badan

Next Post

Tindakan 4 Ahli Parlimen Umum Keluar BERSATU Tak Jejas Kerusi Parlimen

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post
Tindakan 4 Ahli Parlimen Umum Keluar BERSATU Tak Jejas Kerusi Parlimen

Tindakan 4 Ahli Parlimen Umum Keluar BERSATU Tak Jejas Kerusi Parlimen

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd