• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Lelaki Dicekup Rebus, ‘Kenduri’ Ketum Bawah Khemah

oleh Mohd Arshad
12/12/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
13 Lelaki Dicekup Rebus, ‘Kenduri’ Ketum Bawah Khemah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI : Seramai 13 lelaki yang sedang leka memasak daun ketum di bawah khemah di sebuah Felda di daerah ini ditahan dalam Op Tapis Khas Felda yang dijalankan malam kelmarin hingga awal semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, mereka antara 58 orang yang ditangkap atas kesalahan dadah dalam operasi dijalankan di empat buah Felda dan sebuah taman perumahan di sini.

“Kesemua suspek ditahan ketika berada di bawah khemah sedang masak ketum macam kenduri, ia tidak boleh dan jika berlaku masyarakat perlu maklumkan kepada pihak polis.

“Kesemua suspek juga pandai kerana mencari tempat-tempat tersembunyi, buka khemah masak ketum sebelum meminumnya. Semua tahu memiliki dan meminum air ketum adalah tidak boleh jadi tak ada alasan tidak tahu.

“Siasatan juga mendapati suspek meminum air ketum itu kerana alasan untuk kerja perlu tenaga. Ada yang kerja mengait kelapa sawit, ada juga tukang masak mungkin tekanan kerja di restoran ramai orang jadi mungkin jadi satu ruang cari tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Dialog Ketua Polis Johor Bersama Warga Felda Daerah Kota Tinggi di Dewan Semai Bakti, Felda Gugusan Adela yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora.

Kamarul Zaman berkata, dalam operasi itu kesemua 58 suspek yang ditahan terdiri daripada 55 lelaki dan tiga wanita berusia antara 18 hingga 60 tahun.

“Kita periksa 63 orang dan hasil ujian saringan awal air kencing, 58 daripada mereka positif pelbagai jenis dadah. Daripada jumlah itu, 22 ditahan kerana memiliki dadah dan 36 adalah penagih, manakala jumlah itu termasuk seorang yang disyaki pengedar dadah.

“Kita turut merampas 11.91 gram syabu, 6.05 gram heroin dan 1.9 liter air ketum yang semuanya dianggarkan bernilai RM1,421.75,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata tangkapan bagi aktiviti dadah di kawasan Felda berlaku peningkatan ekoran operasi-operasi yang dijalankan pihak polis.

“Statistik meningkat mungkin disebabkan peningkatan dari tindakan polis dan statistik itu bukan menunjukkan jumlah penagih yang ramai tetapi mungkin sebab operasi dijalankan banyak. Jadi, itu nampak ramai yang ditahan,” katanya.

Mengenai program dialog berkenaan, Kamarul Zaman berkata ia diadakan bagi menjalinkan kerjasama dan mengeratkan silaturahim antara polis Johor dengan warga Felda di daerah ini khususnya penduduk Felda Gugusan Adela.

-Utusan Online

Tags: CekupketumpolisRebus Ketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd