• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelenggaraan Pengangkutan Awam Negara Masih ‘Kelas Ketiga’ – Anthony Loke

oleh Mohd Arshad
12/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
1
Penyelenggaraan Pengangkutan Awam Negara Masih ‘Kelas Ketiga’ – Anthony Loke
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG : Sistem penyelenggaraan sektor pengangkutan awam masih di takuk ‘kelas ketiga’ walaupun kini negara mempunyai kemudahan kelas pertama.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu luahan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ketika berucap pada lawatan kerja ke Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di sini hari ini, yang menjadi agensi pertama dilawati selepas dilantik semula sebagai menteri.

Beliau merujuk kepada perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang kerap tergendala sejak kebelakangan ini ekoran sistem yang usang.

Katanya, semua pengangkutan awam negara perlu membudayakan sistem penyelenggaraan agar teknologi kemudahan kelas pertama yang dikecapi rakyat ketika ini tidak terkebelakang dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Kita lihat masalah yang timbul bagi LRT, sektor pengangkutan awam kita. Kita ada kemudahan awam terbaik… 20 tahun lalu dari zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) lagi kita sudah sebut negara ada infrastruktur awam bertaraf ‘ First world’ tetapi kita di negara ketiga dalam sistem penyelenggaraan.

“Ini yang mesti diubah, kerana kita mempunyai kemudahan yang canggih namun jika kita tiada budaya untuk memastikan penyelenggaraan seiring dengan keupayaan teknologi, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun kita akan terus keterbelakang, jadi budaya penyelenggaraan ini perlu terus dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucapa pada program lawatan kerjanya ke Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi CAAM, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman.

Loke sebelum ini memaklumkan LRT bagi laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dan beroperasi pada kapasiti penuh dengan 48 set kereta api menjelang suku ketiga 2023.

Beliau mengakui pada ketika ini perkhidmatan tren berkenaan berdepan pelbagai gangguan dan masalah antaranya kekurangan set kereta api.

Selain itu, Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban, berkata beliau komited untuk menggerakkan segala agenda dan dasar di kementeriannya dengan segera tanpa menunggu masa yang lama.

“Melangkah ke depan, apa yang sudah dirancang dan dibincangkan itu tidak perlu mengambil masa lama… tak perlu buang masa, kita jalan terus saja.

“Saya lebih bersemangat sewaktu tempoh saya kali pertama di Kementerian Pengangkutan sebab kita tak tahu berapa lama dalam satu kedudukan, pengalaman lalu mengajar saya,” katanya.

Sementara itu menyentuh kebajikan kakitangan CAAM, Loke berkata, beliau akan berusaha memastikan skim saraan diasingkan dapat dilaksana segera.

“Walau ia bawah tugas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tapi saya memahami keperluan ini, dalam memastikan pegawai atau kakitangan terus memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Anthony LokeKelas KetigaPenyelenggaraan Pengangkutan Awam Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd