• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tengku Zafrul Dahului 104 Penerima Darjah Kebesaran Selangor

oleh AK-47
11/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tengku Zafrul Dahului 104 Penerima Darjah Kebesaran Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendahului senarai 104 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tengku Zafrul antara dua penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dikurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) yang membawa gelaran Datuk Setia.

10 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran-Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk bagi ahli lelaki dan Datin Paduka bagi ahli wanita antaranya Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar dan Duta Besar Malaysia ke Jepun, Shahril Effendi Abd Ghany.

Turut menerima Darjah Kebesaran D.P.M.S adalah Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Profesor Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman; Penasihat Undang-Undang Selangor, Datuk Salim Soib@ Hamid dan Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Azizul Azmi Adnan.

Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang turut membawa gelaran Datuk bagi ahli lelaki dan Datin Paduka bagi ahli wanita, dikurniakan kepada 11 individu antaranya Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis; Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli Mohd Tahir.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran-Setia Mahkota Selangor (S.M.S) kepada 19 penerima yang tidak membawa apa-apa gelaran antaranya Timbalan Panglima 10 Briged (PARA) Kolonel Khairul Anwar Soib; Pengarah Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Laut, Kepten Jamsari Tahir dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Aziah Jaafar dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Zalinah Said adalah antara 19 individu terpilih untuk dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).

Sempena ulang tahun keputeraan itu juga, Johan Tilawah (Qariah) Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) 2022, Sofizah Mousin dan Johan Tilawah (Qariah) MTHQA 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut termasuk antara 17 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).

Sebanyak 15 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) manakala tiga pemenang pingat emas Sukan SEA 2022 turut dikurniakan Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (B. K. S.) iaitu atlet karate, R Sharmendran dan C Shahmalarani serta atlef golf Marcus Lim Pang Chuen.

Tujuh individu turut dikurniakan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) sempena ulang tahun keputeraan baginda.

Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat tersebut dilaksanakan di Istana Alam Syah, Klang dekat sini sekitar jam 8 pagi Ahad.

-Sinar Harian

Tags: darjah kebesaranPenerima Darjah Kebesaran Selangorselangortengku zafrul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

“Jangan Jadikan Masalah Kami di Selangor Masalah Kamu Juga”

09/07/2026
0

SHAH ALAM - Rakyat Johor dinasihati supaya menolak hasrat pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menjadikan negeri itu seperti Selangor. Ketua...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd