• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyiar, Penyedia Kandungan Perlu Hasilkan Kandungan Kelas Dunia

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyiar dan penyedia kandungan media tradisional mesti menghasilkan kandungan berkelas dunia rentas sempadan yang boleh ditonton di seluruh dunia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata satu daripada cara untuk mereka bersaing dan menjadi tumpuan orang ramai pada masa ini ialah menggunakan kebangkitan platform media sosial.

“Mereka boleh menjalinkan kerjasama dengan penyedia over the top (OTT) dan menawarkan kandungan sebagai sebahagian daripada pakej mereka seperti HBO dan CBS di Amerika Syarikat dan Tonton di Malaysia tawarkan.

“Saya percaya selaku pengamal dan pakar penyiaran, anda semua tahu jawapan yang lebih baik daripada saya,” katanya dalam ucaptama pada perasmian Sidang Kemuncak Media Asia (AMS) 2015 di sini Selasa.

Malaysia menjadi tuan rumah AMS 2015 ke-12 membabitkan 500 pengamal media di seluruh dunia berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai penyiaran kewartawanan pada acara tiga hari itu yang bermula hari ini.

Ahmad Shabery berkata perkhidmatan video OTT menyampaikan kandungannya di rangkaian jalur lebar dan menawarkan ciri-ciri seperti interaktiviti dan paparan non-linear.

“Orang ramai mahu menonton apa yang mereka mahu lihat, bila mereka mahu, di mana mereka mahu dan menggunakan apa sahaja alat yang mereka mahu,” katanya.

Sementara itu beliau berkata penyiar perlu meningkatkan penggunaan data penonton untuk menghasilkan rancangan yang mahu ditonton oleh orang ramai.

“Menggunakan data itu, anda berkeupayaan untuk menyasarkan pengguna dan mengarahkan kandungan yang sesuai dengan profil mereka.

“Mengetahui data dan mempunyai hubungan langsung dengan pelanggan adalah kunci untuk terus kekal menghadapi cabaran perkhidmatan OTT,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Ahmad Shaberymedia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd