• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Timbalan Menteri Kewangan Tekad Bekerja Demi Rakyat, Negara

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
2
Dua Timbalan Menteri Kewangan Tekad Bekerja Demi Rakyat, Negara
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan bertekad memberikan khidmat terbaik dan gigih bekerja demi rakyat serta negara selepas dilantik memegang jawatan itu dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahmad turut berjanji berpegang kepada prinsip-prinsip mulia sepanjang perkhidmatannya.

“Terima kasih atas kepercayaan melantik saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan dalam kerajaan perpaduan,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu, Ahmad turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid atas pelantikannya itu.

Selain Ahli Parlimen Pontian tersebut, turut dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan ialah Steven Sim Chee Keong.

Mereka akan membantu Anwar yang merupakan Menteri Kewangan.

Ahmad sebelum ini pernah menjawat jawatan sama ketika di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari 2013 hingga 2015.

Sementara itu, Steven berkafa, fokus utamanya adalah membantu Anwar melaksanakan tadbir urus kewangan yang cekap, memulihkan ekonomi negara di samping meningkatkan kebajikan rakyat.

Katanya, amanah itu akan digalas sebaik mungkin sekali gus memohon doa dan sokongan daripada seluruh rakyat.

“Saya akan berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan parti politik,” katanya.

-Utusan Online

Tags: NEGARARakyatTimbalan Menteri Kewangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

Rakyat Tanggung Hutang 1MDB? Akmal Saleh Kongsi Semula Kenyataan Shafee

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan pihak yang sering mendakwa rakyat terpaksa menanggung hutang...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd