• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Parah Ditetak

oleh AK-47
09/12/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Lelaki Parah Ditetak
Share on FacebookShare on Twitter

Kulai : Seorang lelaki parah ditetak dengan parang dalam pergaduhan di tepi jalan Scientex Jaya, Taman Scientex Senai, di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian disedari orang awam pada jam 7.50 malam sebelum melaporkan kepada polis.

Katanya, susulan itu polis mengesan dan menangkap suspek yang dipercayai menaiki Honda Accord berwarna putih.

“Bertindak atas maklumat, pada jam 3.40 pagi tadi, anggota menjumpai Honda Accord dipandu seorang wanita berumur 23 tahun di stesen minyak di Taman Aman Senai, di sini.

“Pemeriksaan mendapati terdapat sebilah parang dalam kereta. Tidak lama kemudian datang sebuah kereta jenis sama dipandu lelaki tempatan berusia 24 tahun.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut. Hasil siasatan, polis menangkap lelaki berusia 34 tahun dalam satu serbuan di sekitar Senai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beng Yeow berkata, mangsa berusia 27 tahun mengalami kecederaan akibat ditetak di kepala, bahu, tangan dan kaki dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.

Katanya, hasil semakan mendapati dua suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada dendam.

“Polis membuat rampasan sebilah parang, dua kereta, seluar dan baju bagi membantu siasatan. “Kesemua suspek direman empat hari bermula hari ini membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: parahtetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bakal Doktor Parah Jatuh Dari Tingkat Tujuh Kondo

Bakal Doktor Parah Jatuh Dari Tingkat Tujuh Kondo

26/08/2025
0

MELAKA: Seorang penuntut tahun akhir kolej perubatan swasta di negeri ini parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri disewa...

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd