• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tsunami Undi Melayu Kepada PN Kerana Dasar Perjuangan BN, PH Sudah Hancur

oleh Mohd Arshad
09/12/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tsunami Undi Melayu Kepada PN Kerana Dasar Perjuangan BN, PH Sudah Hancur
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA : Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menolak dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) berjaya menarik pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan sentimen perkauman dan keagamaan sempit.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau menegaskan, PN tidak pernah melanggar undang-undang negara dalam setiap siri perjuangan mahu pun ceramah mereka dan ia seiring dengan Perlembagaan parti dalam gabungan berkenaan seperti yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Oleh itu, katanya, adalah tidak wajar mana-mana pihak mempertikaikan tsunami Melayu yang memberikan sokongan kepada PN dalam PRU15.

“Sebagai contoh PAS ini memang namanya Parti Islam Semalaysia. Maka kami bukan permain isu agama, sebaliknya kita perjuangkan agama dan perkara itu memang selari dengan nama parti ini.

“Kalau Parti Amanah Negara (AMANAH) kami tak tahulah mereka perjuangkan apa? Barisan Nasional (BN) pun apa yang diperjuangkan mereka kerana nampaknya sebelum ini mereka maki Pakatan Harapan (PH) dan DAP tetapi pada akhirnya berkawan semula.

“Bagi saya perjuangan BN dan PH sudah hancur. Yang kekal berada di atas garis perjuangan seperti termaktub Perlembagaan parti masing-masing hanyalah parti yang mendokong perjuangan PN dan tiada perkara pelik serta harus dipersoalkan berhubung perkara itu,” katanya.

Sanusi ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kubang Pasu di Masjid Haji Ismail, Batu 18 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, yang mendakwa kekalahan PH di Padang Serai adalah disebabkan rentetan gelombang yang ditiup dengan membawa sentimen perkauman, keagamaan sempit sekali gus menakutkan masyarakat dan rakyat dalam berpolitik.

Kemenangan itu meletakkan PN mendominasi kerusi Parlimen di Kedah dengan menguasai 14 daripada 15 kerusi Parlimen di Kedah.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah, berkata antara faktor sebenar yang membawa kepada sokongan besar orang Melayu kepada PN adalah rasa hilang percaya terhadap parti-parti lawan yang bercakap tidak serupa bikin.

“Mereka cakap macam lain, buat macam lain. Sebab itulah orang tak percaya kepada parti-parti tersebut dan memilih PN.

“Kami sebaliknya tetap dengan garis perjuangan parti dan menawarkan perkara paling diperlukan di negara ini iaitu prihatin, bersih dan stabil. Kerana itulah orang ‘mari’ kepada PN,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Dasar Perjuangan BNPHPNUndi Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd