• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Fakta: Buku Sejarah Tahun 5 SJKC Dicetak Semula

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan mencetak semula buku mata pelajaran sejarah tahun lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan melakukan pembetulan dan penambahbaikan pada kesilapan yang didakwa pada buku berkenaan.

Timbalan Menteri P. Kamalanathan berkata keputusan itu dibuat selepas semakan dan penelitian oleh sekumpulan Pakar Rujuk Kurikulum dan Buku Teks Sejarah sebaik sahaja kementerian menerima laporan rasmi mengenai perkara tersebut.

“Kementerian telah mengambil tindakan apabila mendapat laporan bukan sahaja di dalam media, tetapi juga laporan rasmi.

“Enam individu ternama dalam bidang sejarah terlibat dalam Pakar Rujuk Kurikulum dan Buku Teks Sejarah telah meneliti dakwaan dan persepsi tersebut.

“KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) akan membuat tindakan pembetulan dan edisi cetakan semula dengan sedikit penambahbaikan bagi memastikan murid dapat memahami dengan lebih mudah,” katanya ketika menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Oscar bertanya mengenai tindakan KPM berhubung laporan buku teks sejarah tahun lima SJKC yang dikatakan mengandungi 80 kesalahan termasuk fakta-fakta mengenai penjajahan Jepun.

Kamalanathan menyatakan hasil semakan juga mendapati hanya sembilan isu sahaja yang diutarakan dan sebahagian besar isunya adalah tidak salah kerana ia berdasarkan fakta sebenar.

Menjawab soalan tambahan Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) mengenai pelaksanaan semula hukuman rotan ke atas pelajar sekolah bagi membendung masalah displin dalam kalangan pelajar, Kamalanathan berkata KPM telah menjalankan dialog polisi dan libat urus hukuman rotan di enam zon seluruh negara mulai Mac lalu hingga Mei tahun ini.

“Dialog ini bertujuan mendapatkan pandangan pihak berkepentingan mengenai pelaksanaan semula hukuman rotan dan pandangan akan diambil kira dalam penyediaan draf akhir peraturan-peraturan pendidikan displin murid tahun 2015,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=PSaXEwnMhVo

Tags: Kementerian PendidikanP.Kamalanathan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd