• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Telur Ayam Di Tuaran, Tamparuli Kembali Pulih

oleh Mohd Arshad
08/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekalan Telur Ayam Di Tuaran, Tamparuli Kembali Pulih
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN: Kesukaran mendapatkan bekalan telur ayam yang dialami pengguna di daerah ini beberapa hari lalu berakhir, apabila bekalan dihantar kepada premis perniagaan, sejak semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan mendapati bekalan telur ayam pelbagai gred mula berlambak di kedai runcit dan pasar raya, sekali gus memudahkan pengguna memperoleh bekalan masing-masing.

Harga pula mengikut gred ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memudahkan pengguna membuat pilihan.

Berikutan itu, tidak timbul lagi masalah pengguna sukar mendapatkan telur ayam di Tuaran dan Tamparuli memandangkan bekalan sudah banyak di pasaran.

Pengguna, Eta Edward, 39, mendakwa bekalan telur ayam kini cukup selepas bekalan dihantar kepada premis perniagaan terbabit.

“Jika empat hari lalu hampir semua premis perniagaan di Tuaran kehabisan stok telur ayam, kini Kesulitan itu tidak timbul lagi bermula semalam.

“Harga juga menunjukkan sedikit penurunan berikutan persetujuan kerajaan mengurangkan harga bahan makanan itu,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, pembekal akan menghantar telur ayam kepada premis perniagaan di Tuaran dan Tamparuli setiap dua minggu sekali.

Untuk dua daerah ini, bekalan telur ayam diperoleh daripada pusat ternakan ayam di Kampung Kauluan, dekat sini.

Peniaga, Jenny Wong, 52, berkata, daerah ini jarang berdepan masalah bekalan telur ayam, memandangkan sebahagian besar pusat ternakan haiwan itu berada di daerah ini.

“Tiada had pembelian dikenakan kepada pengguna, memandangkan stok telur ayam cukup untuk memenuhi keperluan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pengguna tidak membuat pembelian telur ayam secara berlebihan kecuali perlu, kerana tindakan itu boleh menyebabkan bekalan di pasaran berkurangan dengan cepat.

BHonline-

Tags: Bekalan Telur AyamKPDNTamparuliTuaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan kos operasi akan mengalami...

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd