Kecoh seketika atmosfera politik tanahair apabila satu video yang merakamkan ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebarkan di media sosial.
Melalui rakaman tersebut, ia memaparkan kenyataan Muhyiddin yang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam perkembangan terkini isu berkenaan, individu yang bertindak merakam ucapan TPM itu telahpun dikenalpasti dan bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Pengurusan.
TERDAHULU: Tiada Maaf Bagi Penyebar Video Ucapan TPM – Zahid
Namun yang menjadi tanda tanya, siapakah gerangan yang memulakan penyebaran video tersebut dengan memberi salinannya kepada pengendali blog Apanama?
Blogger tersebut sememangnya dikenali dengan tindakannya mengentam Najib sejak setahun lalu melalui penulisan di laman blognya.

Menurut sumber dari portal MyKMU, si perakam yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian bukanlah individu yang memberikan video tersebut kepada Apanama kerana mereka saling tidak mengenali.
Lantas itu, timbul satu dakwaan sensasi apabila ada sumber-sumber memaklumkan bahawa ‘duri dalam daging’ yang melakukan tindakan tidak beretika tersebut merupakan Setiausaha Akhbar kepada seorang menteri. Betul kah?
Menurut MyKMU lagi, setakat ini, apa yang boleh dipastikan, Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukanlah individu yang didakwa itu.
Berdasarkan perkhabaran, empunya diri yang bertanggungjawab terhadap isu berkenaan sememangnya diketahui rapat dengan blogger Apanama.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Kita tunggu dan lihat, siapakah gerangan yang ingin mengkucr-kacirkan keharmonian hubungan antara Najib dan Muhyiddin…
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Video Kontroversi Ucapan Muhyiddin

