• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAP Gesa Kerajaan Segera Laksana Subsidi Bersasar

oleh Mohd Arshad
02/12/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
CAP Gesa Kerajaan Segera Laksana Subsidi Bersasar
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mempercepatkan pelaksanaan subsidi bahan api petrol RON 95, serta gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak secara bersasar kepada golongan kumpulan B40 di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia berikutan, sistem subsidi semasa secara menyeluruh mempunyai ‘kepincangan’ kerana ia hanya memberi manfaat kepada golongan kaya berbanding miskin.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata alasannya kerana kebanyakan kereta, termasuk kereta mahal juga boleh menggunakan RON95.

Ini bermakna, subsidi harga petrol akan diagih secara tidak sekata antara pelbagai kumpulan berpendapatan, dengan golongan berpendapatan rendah mendapat faedah yang paling kurang.

“Ia berikutan, golongan berpendapatan rendah berkemungkinan kurang memiliki kenderaan dan kenderaan dimiliki pula mempunyai kapasiti enjin yang rendah.

“Tambahan pula, petrol bersubsidi juga terbuka kepada penyalahgunaan seperti penyeludupan diesel,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Pada masa ini kerajaan memberi subsidi petrol RON 95, diesel serta LPG dan mantan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, menganggarkan subsidi sahaja menelan kos sebanyak RM28 bilion pada 2022.

Sehubungan itu, Mohideen menggesa kerajaan supaya mempertimbang bagi mengguna pakai sistem kad subsidi elektronik subsidi bersasar kepada golongan B40 termasuk bagi barangan harga terkawal lain seperti yang ditentukan kerajaan.

Katanya, malah kumpulan 40 Pertengahan Bawah (M40) juga perlu diberikan bantuan.

“Mengeluarkan kad subsidi elektronik kepada golongan miskin dan kawalan harga makanan yang berkesan perlu menjadi keutamaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) supaya mencerakin dan menelusuri implikasi subsidi dalam tempoh dua minggu.

Beliau berkata, subsidi yang ditanggung kerajaan pada masa ini antaranya subsidi elektrik, dinikmati semua golongan walaupun ia sebenarnya bertujuan membantu golongan rakyat miskin

-Berita Harian

Tags: CAPgesaKerajaanSubsidi Bersasar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd