• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Didakwa Bunuh Anak Tiri Perempuan

oleh Mohd Arshad
30/11/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penganggur Didakwa Bunuh Anak Tiri Perempuan
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG : Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak tiri perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah, minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, C. Stephen Raj, 43, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan dengan niat hendak menyebabkan kematian terhadap mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Ramal di sini pukul 11.33 malam pada 21 November lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam M. Manoharan.

Tiada ikat jamin dibenarkan dan mahkamah kemudian menetapkan 10 Januari untuk sebutan kes.

Pada 23 November lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati apabila ususnya pecah selain kepala dihentak dipercayai didera bapa tiri dalam kejadian di kediaman di Taman Sri Ramal di sini.

Kejadian disedari selepas pihak Hospital Serdang menerima pesakit kanak-kanak perempuan warga tempatan kira-kira pukul 12.39 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, mangsa dibawa menggunakan ambulans dari rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan bapa tiri mangsa ketika berada di pekarangan Hospital Serdang.

Siasatan lanjut mendapati suspek mengaku pernah memukul mangsa menggunakan tangan, kaki dan baldi di dalam tandas akibat marah kerana mendakwa mangsa sering membuat masalah di rumah semasa ketiadaan ibunya.

-Utusan Online

Tags: bunuhdakwaPenganggur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

05/02/2026
0

BUTTERWORTH, 4 Februari 2026 – Seorang wanita berstatus ibu tunggal ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di kediamannya di tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd