• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Sedia Ke Bukit Aman Untuk Disiasat

oleh AK-47
29/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Hadi Sedia Ke Bukit Aman Untuk Disiasat
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan pihaknya tidak mempunyai masalah dengan kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mahu polis menyiasat pemimpin parti itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ditanya mengenai kenyataan dibuatnya yang dianggap keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara, Abdul Hadi berkata dia akan memberikan kerjasama jika perlu.

“Nak report (polis) report-lah, saya sedia pergi Bukit Aman tak apa,” katanya ringkas pada sidang media selepas program ceramah sempena pilihan raya kecil DUN Tioman, Pahang, malam tadi.

Semalam Malaysiakini melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan polis mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil yang mendedahkan perkara itu dibincangkan semasa mesyuarat Majlis Presiden PH semalam.

Kempen menjelang PRU ke-15 dan hari-hari selepasnya menyaksikan sesetengah pihak memainkan sentimen kaum dan agama untuk mengolah sokongan terhadap pihak tertentu.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kononnya tragedi 13 Mei akan berlaku sekali lagi jika PH diberi sokongan untuk menjadi kerajaan.

Semalam Malaysiakini juga melaporkan Abdul Hadi menuduh DAP – salah satu parti komponen PH – mempromosikan Islamofobia di negara ini.

Kenyataan itu susulan laporan polis yang dibuat oleh pemimpin dan penyokong PH terhadap kenyataan kebencian yang didakwa disebarkan oleh ahli dan penyokong PAS secara dalam talian semasa dan selepas PRU ke-15.

Ketika ceramahnya pada 16 Nov, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin pula mendakwa PH adalah ejen Yahudi dan Kristian yang ingin menjajah Malaysia.

Bagaimanapun, Muhyiddin kemudiannya mendakwa kenyataannya yang mengaitkan PH sebagai ejen Yahudi telah petik di luar konteks.

-Malaysia Kini

Tags: Bukit AmanHadi Awangsiasat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Sebar Fitnah, Provokasi Di Media Sosial

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Sejak kebelakangan ini media sosial dijadikan medan interaksi untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta perdebatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd