• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan Nelayan Harap Anwar Dengar Rayuan Batalkan Projek Tambak Laut

oleh Mohd Arshad
27/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Persatuan Nelayan Harap Anwar Dengar Rayuan Batalkan Projek Tambak Laut
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN : Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PenMutiara) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendengar rayuan komuniti nelayan di Pulau Pinang untuk membatalkan tanpa syarat projek Penang South Islands (PSI) atau dahulunya dikenali projek tambakan laut selatan (PSR).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi PenMutiara, Ibrahim Che Rose berkata, sebelum ini rayuan supaya projek PSI itu dibatalkan juga pernah disuarakan oleh bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Katanya, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri secepat mungkin bagi berbincang mengenai projek PSI itu yang didakwa menjejaskan ekosistem laut dan kehidupan komuniti nelayan.

“Kami berharap Anwar mendengar rayuan kami dan juga Nurul Izzah supaya projek PSR itu dibatalkan dengan tanpa syarat.

“Kami akan berjumpa dengan Perdana Menteri secara rasmi secepat mungkin dan Selasa ini, satu surat akan diserahkan kepada beliau berhubung isu tambakan laut ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pojek PSI atau dahulunya dikenali sebagai projek tambakan laut selatan (PSR) merupakan projek seluas hampir 17 kilometer persegi membabitkan projek pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas.

Bagaimanapun, PenMutiara mendakwa kira-kira 6,000 ahli persatuan itu membantah projek PSI kerana didakwa menjejaskan ekosistem lautan di kawasan tersebut.

Pada 13 Julai 2019, Anwar pernah mengadakan perjumpaan dengan komuniti nelayan di Unit Nelayan Sungai Batu bagi mendengar keluhan mereka berkenaan projek PSI.

Menurut Ibrahim, beliau yakin Anwar akan mengotakan janjinya kepada komuniti nelayan di negeri itu memandangkan Perdana Menteri berkenaan pernah turun padang bertemu sendiri dengan komuniti nelayan di Unit Nelayan Sungai Batu.

“Bagaimanapun sekiranya projek ini tetap mahu diteruskan kami akan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974),” katanya.

-Utusan Online

Tags: Anwar IbarhimPersatuan NelayanProjek Tambak Laut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Teluk, Iran Sedia Dengar Pandangan Malaysia – Anwar

Negara Teluk, Iran Sedia Dengar Pandangan Malaysia – Anwar

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kesediaan beberapa negara di rantau Teluk bersedia untuk mendengar pandangan Malaysia merupakan suatu penghormatan kepada...

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd