• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

oleh AK-47
24/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH) termasuk rakan-rakan politik untuk menghormati keperluan mendesak bagi meredakan keadaan semasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH sebagai Perdana Menteri ke-10.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan menasihatkan mana-mana pihak tidak mengadakan sebarang perhimpunan untuk mengelak risiko berlakunya provokasi selain menggesa tokoh-tokoh politik supaya berhati-hati membuat kenyataan media.

Berhati-hati dengan sebarang kandungan di media sosial atau pesanan ringkas yang boleh menimbulkan kerisauan atau dijadikan alasan untuk provokasi.

“Kita semua perlu bergerak ke hadapan dan belajar bekerjasama untuk membina kembali Malaysia, demi masa depan dan kemakmuran setiap rakyat dari semua kumpulan, kaum, negeri dan latar belakang,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, PKR dan rakan-rakan PH menyembah takzim atas perkenan Seri Paduka Baginda yang melantik Anwar yang juga Presiden PKR sebagai Perdana Menteri dan akan mengetuai kerajaan perpaduan.

-Sinar Harian

Tags: PerhimpunanPHPKRRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Angkat Sumpah Petang Ini

Next Post

Tiada Pemilihan Pada Perhimpunan Agung UMNO Disember

Related Posts

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

‘Kehadiran Saya Di Sini Sementara’ – Rafizi Beri Bayangan Sedia Berundur?

19/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekali lagi memberi bayangan seolah-olah bersedia berundur daripada barisan Kabinet dan...

Cabang Hulu Selangor Tawar Enam Calon

Cabang Hulu Selangor Tawar Enam Calon

16/05/2025
0

KITA CABANG HULU SELANGOR DENGAN RENDAH DIRI MENAWARKAN 6 ORANG CALON BERWIBAWA UNTUK PEMILIHAN KEADILAN 2025–2028 CALON PIMPINAN PUSAT Dr....

Next Post
Tiada Pemilihan Pada Perhimpunan Agung UMNO Disember

Tiada Pemilihan Pada Perhimpunan Agung UMNO Disember

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd