• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AP Dokumen Sementara Sah Untuk Pekerja Asing – KDN

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akuan penerimaan (AP) merupakan dokumen gantian yang sah sehingga pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang baharu dikeluarkan kepada majikan untuk pekerja asing di negara ini.

Sehubungan itu katanya, semua agensi penguatkuasa terutama polis perlu menerima dokumen tersebut sekiranya ia dikemukakan pekerja asing atau majikan sebagai bukti PLKS telah diperbaharui.

Menurutnya, arahan koordinasi antara Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa seperti polis telah dibuat di peringkat ibu pejabat.

“Mungkin pegawai-pegawai peringkat bawahan belum terima arahan koordinasi itu dan saya berharap semua pihak penguatkuasa menerima keputusan yang dibuat oleh pihak Kementerian Dalam Negeri terutamanya dari Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen.

“Akuan penerimaan adalah bukti mereka telah memperbaharui permit jadi jangan tahan mereka jika ada dokumen ini,” katanya kepada mStar Online di Parlimen pada Isnin.

Zahid berkata bagi mengulas laporan mStar Online pada Isnin mengenai isu pembaharuan PLKS masih membimbangkan ramai pihak, terutama majikan dan kedutaan asing apabila berlaku kes di mana pekerja yang menunggu permit baharu selesai diproses ditahan pihak berkuasa.

Kebiasaannya, sementara menunggu pelekat PLKS baharu, pihak majikan akan diberi AP oleh penyedia perkhidmatan MyEG sebagai bukti permohonan berkenaan telah dikemukakan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih rumit apabila AP itu tidak diiktiraf pihak polis.

Terdahulu, Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen, Zahari Abdul Aziz memberitahu mStar Online bahawa kerjasama semua agensi penguatkuasaan adalah perlu kerana pihaknya menerima aduan mengenai pekerja asing dengan AP ditahan dalam operasi pihak berkuasa seperti polis.

Mengenai cadangan supaya Jabatan Imigresen mengadakan koordinasi mengenai isu AP, Zahari berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain dan MyEG sebagai penyedia perkhidmatan sistem dalam talian memperbaharui PLKS.

Sejak Disember tahun lalu sehingga April tahun ini, sebanyak 601,913 PLKS baharu dikeluarkan dan daripada jumlah itu, 460,203 pas diperbaharui di kaunter imigresen dan 141,710 menerusi sistem dalam talian. – mStar Online

 

Tags: KDNpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd