• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Sabah Sokong Gabungan Diputuskan BN Pusat

oleh Mohd Arshad
21/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
BN Sabah Sokong Gabungan Diputuskan BN Pusat
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – BN Sabah akan menyokong mana-mana gabungan yang bakal diputuskan oleh BN pusat untuk membentuk kerajaan Persekutuan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, BN Sabah membuat keputusan itu kerana mahu memastikan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan dan seterusnya mewujudkan kestabilan di negara ini.

“Kita akan ikut keputusan parti (BN pusat) bagaimana, kita kena utamakan kestabilan kerajaan (Persekutuan) dan negara ini dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas tindakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri, Bung Moktar berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan rakan kerjasamanya dalam kerajaan Sabah itu.

“Kita akan bincang dengan GRS selepas selesai penubuhan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, BN Sabah memenangi tujuh daripada 12 kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Hari ini, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan berkata, GRS menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri dan gabungan itu juga bersetuju untuk membentuk kerajaan Persekutuan bersama PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti lain yang bersedia bekerjasama untuk tujuan itu.

-Sinar Harian

Tags: BNBN PusatBN SabahGabungan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

MCA Siap Siaga Hadapi PRN Johor Pastikan BN Raih Mandat Kukuh

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – MCA menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan jentera parti di semua peringkat...

Hannah Yeoh Muat Naik Gambar Bersama Johari

Hannah Yeoh Muat Naik Gambar Bersama Johari

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Hannah Yeoh memuat naik gambar beliau bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd