Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) merupakan agensi terpenting yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM) sebelum diperbadankan pada 1 Mac 1996 dan dikenali sebagai HASiL.
HASiL bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai dibawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.
Begitu juga Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Setem 1949 dan
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990.
Peranan HASiL dalam memastikan pembangunan negara amat besar. Operasi HASiL memastikan belanjawan negara dari tahun ke tahun dapat dilaksanakan.
Sebagai contoh dalam Bajet 2022 kerajaan bentang belanjawan berjumlah RM332.1 bilion yang ketika itu dianggap tertinggi dalam sejarah.
Harus diketahui sebanyak RM139.3 bilion daripada belanjawan itu dianggarkan berdasarkan daripada sasaran kutipan cukai langsung HASiL
Bajet 2023 belum dibahaskan dan diluluskan di Parlimen, maka belum sesuai mengulas sasaran kutipan cukai langsung HASiL yang seterusnya.
Berdasarkan peranan besar HASiL kepada kewangan negara ini menyebabkan prestasinya sentiasa dalam radar ramai pihak.
Termasuk dalam kalangan pelabur yang berkait rapat dengan cukai. Kecekapan urrusan percukaian sesebuah negara mampu menarik minat pelabur.
Keberkesanan urusan percukaian yang membentuk kekuatan kewangan sesebuah negara juga mampu meyakinkan pelabur.
Sangat kurang pelabur berani mengambil risiko melabur di sesebuah negara yang kewangannya tenat dan kerajaannya berisiko bankrup.
Menyedari kepentingan peranan HASiL terhadap kesejahteraan Malaysia seharusnya semua pihak memberi kerjasama yang baik kepada HASiL.
Usah melihat HASiL sebagai agensi yang membebankan, sebaliknya melihat ia daripada perspektif kenegaraan dan kemakmuran untuk semua.
-Mynewshub


