• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Bersama 2 Senapang Patah

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Polis menahan seorang lelaki dan merampas dua laras senapang patah buatan sendiri bersama 14 butir peluru di kawasan sawah padi Kampung Pak Wong dekat Jertih, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata suspek ditahan sepasukan polis dari Pasukan Khas Scorpion Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pukul 10.30 malam.

Katanya sebelum itu pasukan itu yang terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut dan terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga Aeroback dalam keadaan mencurigakan di kawasan jalan sawah padi di kampung tersebut.

“Polis menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan namun salah seorang lelaki telah melarikan diri ke dalam kawasan sawah padi sebaik menyedari kehadiran polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, polis dapat memberkas seorang lagi dipercayai rakan suspek yang berada di dalam kereta tersebut.

Khaled berkata polis yang menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut menemui dua laras senapang patah dipercayai buatan sendiri di dalam but kereta terbabit.

Menurutnya pemeriksaan lanjut turut menemui lapan peluru penabur senapang patah pelbagai jenis di dalam satu uncang kain di dalam kereta dan enam biji bebola besi juga disyaki peluru di bawah tempat duduk.

“Polis telah menahan suspek berumur 27 tahun yang bekerja sebagai pemandu jentera berat berasal dari sebuah kampung di Besut untuk membantu siasatan dan merampas senapang dan peluru terbabit.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi IPD Besut di talian 09-6956222 atau menghubungi Asisten Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim di sambungan 5915. – BERNAMA

 

Tags: polis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd