• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pangkat Dalam Parti Tiada Makna Jika BN Kalah PRU15 -PM

oleh Mohd Arshad
16/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Pangkat Dalam Parti Tiada Makna Jika BN Kalah PRU15 -PM
Share on FacebookShare on Twitter

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta ahli dan kepemimpinan UMNO supaya tidak menyentuh dan bercakap soal pemilihan parti sebaliknya memberikan fokus untuk menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pangkat dalam parti tersebut tiada makna jika Barisan Nasional (BN) tewas pilihan raya umum (PRU), 19 November ini.

“Saya tak jadi presiden UMNO waktu saya jadi Perdana Menteri, itu yang pertama. Keduanya, saya harap sewaktu kita berkempen ini, kita tak perlu bincang soal pemilihan dalam parti, bagi saya apa yang penting adalah untuk menang pilihan raya ini.

“Soal pemilihan dalam parti kemudian, jangan waktu pilihan raya ini kita bercakap soal pemilihan parti yang akhirnya kita bertelagah sesama kita, setiap pemimpin ada pengikut masing-masing, akhirnya berlaku pertembungan dan merugikan kita.

“Saya tak nak ada perkara-perkara yang mengganggu kerja kita, kerja kita adalah untuk menang PRU, itu penting, jadi, lupakan soal pemilihan parti siapa hendak jadi presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli majlis tertinggi (MT), tidak perlu.

“Kalah dalam pilihan raya apapun pangkat yang kita ada dalam parti tidak menjadi makna yang besar. Yang penting adalah parti menang, kita memerintah dahulu selepas PRU15 dan kita ada masa enam bulan lagi untuk menentukan kepemimpinan parti. Waktu itu, boleh kita berbincang dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Mengkarak Stesen di Dewan Mengkarak Stesen di sini hari ini.

Selasa lalu, calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menyifatkan Ismail Sabri perlu dilantik sebagai Presiden UMNO jika beliau dilantik semula menerajui kepemimpinan nombor satu negara.

Menteri Kesihatan sementara itu juga memberi bayangan beliau mungkin akan mengadakan pakatan dengan Naib Presiden UMNO itu dalam pemilihan parti akan datang.

Khairy juga memberi bayangan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan terlibat sama dalam pakatan berkenaan.

Ismail Sabri berkata, apabila dicadang penangguhan pemilihan UMNO, beliau antara yang bersetuju dan tidak menggunakan jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara untuk kepentingan dirinya.

“Apabila ditangguhkan, ramai menganggap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pasti akan tolak, kalau saya jaga kepentingan, saya boleh minta RoS tolak, tetapi, ia tidak berlaku dan RoS bersetuju tangguh,” katanya.

Beliau berkata, apa yang penting ketika ini bukan soal dirinya tetapi parti itu yang perlu menang PRU15 dan memerintah negara.

Ismail Sabri turut menafikan wujud pakatan antaranya, Khairy dan Hishammuddin seperti didakwa oleh Menteri Kesihatan tersebut.

UtusanOnline-

Tags: BNIsmail Sabri YaakobPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd