• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Dakwaan Ahmad Zahid Calon PM Taktik Musuh BN

oleh Mohd Arshad
14/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Dakwaan Ahmad Zahid Calon PM Taktik Musuh BN
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan diangkat sebagai calon Perdana Menteri merupakan taktik musuh BN.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, taktik itu bertujuan mengelirukan pengundi meskipun tahu beliau yang diisytiharkan calon Perdana Menteri BN.

“Mereka cuba menimbulkan kekeliruan dan tentu juga mereka mahu supaya kepimpinan BN dan UMNO berpecah.

“Mereka tiada isu lain yang boleh mereka menggunakan. Hanya menggunakan isu calon Perdana Menteri,“ katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan FMT

Ismail berkata, lawan BN menggunakan isu calon Perdana Menteri kerana terdesak menanam keraguan pengundi terhadap kemampuan BN mewujudkan kestabilan.

Jelas beliau, keputusan untuk mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi UMNO.

Menurut beliau, perkara itu juga telah diputuskan oleh biro politik UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO serta disambut oleh parti-parti komponen BN.

“Seluruh kepimpinan BN, termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan lain-lain jelas kata saya satu-satunya calon Perdana Menteri BN,” katanya.

Beliau turut menyifatkan dakyah yang disebarkan itu sebagai cara tidak beretika untuk menjejaskan sokongan pengundi terhadap BN.

“Mereka cuba menggambarkan saya tidak menjadi PM (untuk) menurunkan sokongan kepada BN.

“Mereka mungkin takut saya (sebagai) calon PM. Saya anggap ia boleh menjadi satu kekuatan untuk saya menarik pengundi (kepada) BN,” tambah beliau.

-Kosmo Online

Tags: Ahmad Zahidcalon PMPRU-15Taktik Musuh BN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RAKYAT Tengah Mengeluh, Orang Politik ‘Ride’ Motosikal Besar 

RAKYAT Tengah Mengeluh, Orang Politik ‘Ride’ Motosikal Besar 

20/02/2026
0

Oleh Mynewshub Ekonomi rakyat tak berapa elok.. ada hidup kais pagi makan petang. Kerja siang malam, tapi hujung bulan tetap...

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

Keputusan Mohon DNAA Ahmad Zahid Dibuat Selaras Peruntukan Undang-undang – AGC

22/12/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa keputusan untuk memohon melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd