• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Negara Akan Hadapi Lebih Banyak Masalah Jika Ditadbir PAS – Tun M

oleh Mohd Arshad
12/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Negara Akan Hadapi Lebih Banyak Masalah Jika Ditadbir PAS – Tun M
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI : Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa negara akan berdepan lebih banyak masalah sekiranya rakyat memberi peluang kepada PAS untuk memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau mendakwa, ini kerana terdapat pemimpin PAS yang cenderung memperalatkan agama untuk tujuan politik mereka.

“Saya fikir mereka (PAS) akan memperalat agama lebih banyak lagi (jika menang PRU15), ketika ini pun mereka sudah banyak memperalatkan agama.

“Jika mereka menang, kita akan menghadapi lebih banyak masalah kerana ada (pemimpin) yang ekstrem tetapi mereka yang mengikut ajaran Islam betul, tidak ada masalah,” dakwanya pada sidang media selepas Rapat Umum Sayang Bangsa dan Negara, di sini, malam tadi.

Semalam, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dilaporkan meminta supaya Perikatan Nasional (PN) diberi peluang mentadbir Malaysia selama satu penggal berdasarkan rekod prestasi gabungan parti itu yang bersih daripada sebarang salah laku.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi, mendakwa bahawa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddn Yassin juga kini didapati memperalatkan agama apabila bergabung dengan PAS.

“Saya kenal Muhyiddin… dulu dia tak baca doa, sekarang dalam pilihan raya, baca doa panjang-panjang sejak berkawan dengan PAS.

“Kita kena hormat agama, jangan peralat agama, tetapi mereka peralat agama kononnya mereka terlatih dalam bidang agama,” dakwanya.

Sementara itu ditanya kemungkinan GTA akan bergabung bersama parti lain selepas PRU15 pula, beliau yang juga Pengerusi PEJUANG menegaskan, pihaknya tidak akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), PN dan Pakatan Harapan (PH).

“Kita mungkin lebih baik menjadi pembangkang daripada bekerjasama dengan (didakwa) ‘penyangak’. Kita ada pilihan lain (untuk kerjasama) tetapi bukan BN, PN atau PH.

“Kita ada parti dari Sabah dan Sarawak selain parti di Semenanjung, kita juga ada calon Bebas lain yang boleh bekerjasama jika mencapai standard kita,” katanya.

-Berita Harian

Tags: PASPRU-15Tun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: PAS Dijangka Tanding 5 Daripada 40 Kerusi PN

PRN Sabah: PAS Dijangka Tanding 5 Daripada 40 Kerusi PN

05/11/2025
0

KOTA BHARU: PAS sudah memuktamadkan akan bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17...

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd