• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja Keluar Mengundi

oleh Mohd Arshad
10/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Majikan Tidak Boleh Potong Gaji Pekerja Keluar Mengundi
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Majikan sektor swasta tidak dibenarkan mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji pekerja yang tidak hadir bekerja kerana mengundi pada 19 November ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan di bawah subseksyen 25(1) Akta 5 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara setahun jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya menggesa semua majikan dalam sektor swasta untuk memberikan kebenaran kepada pekerja bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5].

“Majikan hendaklah berbincang dengan pihak pekerja berkenaan dengan opsyen untuk pemberian ‘time-off’, hari pelepasan berganti atau cuti tahunan bagi tujuan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, majikan juga boleh mengambil langkah-langkah seperti memberi ‘time-off’ kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian yang berdekatan atau memberi pelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

Saravanan berkata, bagi pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat mengundi, mereka pula boleh mengambil cuti tahunan.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah ditetapkan pada 19 November ini, manakala undi pos bagi mereka yang layak telah ditetapkan pada 15 November ini.

-Utusan Online

Tags: GajimajikanmengundiPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd