• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: PAS Hanya Diperalat BERSATU – Ismail Sabri

oleh Mohd Arshad
08/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: PAS Hanya Diperalat BERSATU – Ismail Sabri
Share on FacebookShare on Twitter

BERA : Perikatan Nasional (PN) hanya mengambil kesempatan dan memperalatkan PAS untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata dalam gabungan PN, BERSATU lebih dominan berbanding PAS walaupun lemah daripada segi jentera di lapangan.

Beliau berkata, ini terbukti apabila jentera PAS hanya akan digunakan BERSATU walaupun potensi parti itu untuk menang adalah tipis.

Katanya, Johor yang dianggap kubu kuat BERSATU kerana presidennya pernah menjadi Menteri Besar juga turut kecundang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dan mengheret PAS bersama dalam kekalahan itu.

“Dalam PN, yang untung adalah BERSATU dan jika di Bera, mereka tidak ada jentera yang kuat dan memerlukan bantuan ahli PAS untuk berkempen.

“PAS juga tidak belajar daripada kekalahan yang berlaku dalam beberapa PRN Melaka dan Johor apabila tidak ada kerusi yang dimenangi mereka.

“Walaupun pelbagai janji ditabur seperti dalam PRN Melaka tapi PN tetap ditolak dan PAS menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baru di Kuala Bera, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 500 penduduk Kampung Bohor Baru yang turut berkesempatan beramah mesra bersama Ismail Sabri.

Ismail Sabri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera berkata, penyokong PAS perlu sedar taktik licik berkenaan dan menyeru undi diberikan kepada BN jika tiada calon parti itu dipilih di kawasan ditandingi PN.

“Jika PAS masih berharap BERSATU boleh bawa kemenangan (dalam PRU15), tapi mungkin sebenarnya ia hanya akan menyebabkan PAS kecundang,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BERSATUIsmail SabriPASPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

PRN Johor: Bersatu Tak Minta Pun PAS Bantu Kempen  – Muhyiddin

PRN Johor: Bersatu Tak Minta Pun PAS Bantu Kempen – Muhyiddin

27/06/2026
0

MUAR - "Tak apalah.. saya pun tak ada minta siapa nak bantu" Demikian reaksi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd