• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baru Beberapa Jam Pasang, Bendera Sudah Dirosakkan

oleh Mohd Arshad
07/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Baru Beberapa Jam Pasang, Bendera Sudah Dirosakkan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Baru tiga hari kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan, bahan kempen Barisan Nasional (BN) didakwa dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab di Kampung Seri Makmur, Plentong, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Seri Makmur, Plentong, Md Mazni Masud, berkata bahan kempen termasuk bendera parti dipasang di kawasan berkenaan pada jam 12 tengah malam tadi.

Bagaimanapun katanya, pada jam 7 pagi, unit keselamatan Kampung Seri Makmur mendapati kira-kira 10 bendera parti dirosakkan di tepi laluan di Jalan Tembusu hingga Jalan Kemuning.

Beliau berkata, beberapa bendera parti jatuh, selain dibuang di dalam parit, manakala buluh yang digunakan bagi memasang bendera juga dipatahkan.

“Kami kecewa kerana kejadian dipercayai berlaku selang beberapa jam bahan kempen itu diletakkan di lokasi berkenaan.

“Kami tidak menafikan ia mungkin berunsur sabotaj dan kami berharap kejadian seumpama itu tidak berulang.

“Biarlah kita berkempen secara aman,” katanya.

Md Mazni berkata, wakil UMNO Cawangan Kampung Seri Makmur turut membuat laporan polis di Balai Polis Plentong, di sini.

Katanya, pihaknya berharap polis mengesan individu tidak bertanggungjawab berkenaan dan dikenakan tindakan sesuai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan serta menjalankan siasatan.

BHonline-

Tags: bahan kempenBNdirosakkanPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd