• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Dedah Dr M Ajak Tumbangkan BN, Wujud Kerajaan Perpaduan Dengan PH

oleh Mohd Arshad
06/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Hadi Dedah Dr M Ajak Tumbangkan BN, Wujud Kerajaan Perpaduan Dengan PH
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengajaknya untuk bergabung bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden PAS itu mendakwa ajakan itu disuarakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dalam satu pertemua sebelum PRU15 diumumkan.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menegaskan beliau menolak tawaran itu kerana tidak bersetuju dengan pendekatan kerana terdapat percanggahan antara kedua-dua parti.

“Pertemuan itu berlangsung sebelum pilihan raya atas dasar perjumpaan veteran politik. Dr Mahathir mengajak PAS bergabung untuk menjatuhkan BN kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan BN, selain berbeza pendapat.

“Kita (PAS) tidak bersetuju untuk bergabung dengan Tun kerana ia membabitkan penubuhan kerajaan perpaduan Pakatan Harapan (PH) yang di dalamnya ada DAP. DAP masih mendominasi PH dan mempunyai jumlah besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Program Ramah Mesra Tuan Guru Presiden PAS Jupo Ore Tterey (Jumpa Orang Ketereh) di Medan Ilmu Pasar Peringat, hari ini. Hadir sama, calon PAS Parlimen Machang, Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang akan mempertahankan Parlimen Marang pada PRU15 ini berkata, PAS terpaksa menolak cadangan itu dan tidak menerima PH kerana isu janji.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta berhubung keputusan Datuk Che Abdullah Mat Nawi menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tumpat pada PRU15, Abdul Hadi berkata, keputusan menjadi calon bukannya diputuskan individu.

“Bukan individu menentukan siapa calon untuk bertanding, sebaliknya ia diputuskan parti,” katanya.

Che Abdullah bakal bertanding atas tiket BN dan ditentang Datuk Mumtaz Md Nawi (PAS); Che Mohd Asemari Che Ali dari Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA); Khairul Azuan Kamarrudin (Parti Warisan) dan Wan Mohd Johari Wan Omar (Pakatan Harapan).

BHonline-

Tags: BNTan Sri Abdul Hadi AwangTun Dr Mahathir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd