• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Dakwaan Lewat Tiba Di PPC

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Siasat Dakwaan Lewat Tiba Di PPC
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan individu orang kurang upaya (OKU) yang tidak dapat masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen Titiwangsa untuk menyerahkan borang penamaan calon, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, dakwa lelaki terbabit, kelewatan ke PPC itu berpunca daripada kesesakan jalan raya ekoran banyak jalan ditutup.

“Susulan itu, satu laporan dibuat pegawai kanan polis yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Zon PPC di Titiwangsa, hari ini.

“Kertas siasatan dibuka bagi menyiasat kesahihan dakwaan individu berkenaan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana membuat, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis masih lagi melakukan siasatan bagi menentukan kesahihan dakwaan individu berkenaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Semalam, media melaporkan hasrat seorang pesara, Habib Bourguiba Abd Hamid bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Titiwangsa, tidak kesampaian selepas tidak dibenarkan masuk ke PPC.

Ini selepas lelaki berusia 53 tahun itu tiba lewat dua minit selepas Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said mengumumkan waktu penerimaan kertas penamaan calon tamat dan proses penamaan calon bagi Parlimen Titiwangsa ditutup pada pukul 10 pagi.

UtusanOnline-

Tags: LewatpolisPPC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd