• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon BN Pengkalan Chepa Lapor Polis Dakwa Difitnah

oleh Mohd Arshad
05/11/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Calon BN Pengkalan Chepa Lapor Polis Dakwa Difitnah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin, membuat laporan polis susulan fitnah yang mendakwa beliau tidak menamatkan pengajian di universiti, selain tidak layak menggunakan gelaran doktor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, fitnah itu mula tersebar malam tadi dan berlarutan sehingga hari ini, sekali gus memaksa dirinya tampil untuk membuat laporan polis.

“Saya tegaskan di sini dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali. Saya belajar di universiti di Indonesia dalam bidang perubatan pada 2004 sebelum menamatkan pengajian pada 2009.

“Saya yakin fitnah berkenaan bertujuan untuk memalukan saya, selain membunuh karier saya sebagai calon BN pada PRU15.

“Malah, fitnah itu juga bertujuan jahat supaya fokus saya hilang sepanjang tempoh berkempen,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, segala bukti termasuk dokumen sijil pengajiannya pun sudah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Saya berharap individu berkenaan dikenakan tindakan setimpal,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengatakan calon BN bagi kerusi Parlimen Pengkalan Chepa itu tidak menghabiskan pengajian di Indonesia selain tidak layak menggunakan gelaran doktor.

BHonline-

Tags: BNdifitnahlaporan polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

Kenyataan Muhammad Zawawi Tentang Sahabat Nabi, Pemuda UMNO Ancam Buat Laporan Polis

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd