• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Khidmat Berterusan Jadi Rekod Johari Di Titiwangsa

oleh Mohd Arshad
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Khidmat Berterusan Jadi Rekod Johari Di Titiwangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : “Saya tak pernah berhenti berkhidmat di Titiwangsa walaupun bukan wakil rakyat.”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itu penegasan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Johari Abdul Ghani yang menjadi wakil Barisan Nasional (BN) untuk merampas kerusi Parlimen Titiwangsa dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Johari yang juga bekas Menteri Kewangan II yakin rekod perkhidmatannya di Titiwangsa yang berterusan sejak lebih 10 tahun lalu, termasuk ketika tidak lagi menjadi wakil rakyat, mampu memastikan beliau menang pada 19 November nanti.

“Bagi saya tiada beza antara pilihan raya lalu dengan pilihan raya kali ini. Saya tak pernah berhenti berkhidmat di kawasan ini walaupun saya bukan wakil rakyat selama empat tahun enam bulan.

“Saya terus bekerja dan adakan libat urus dengan masyarakat melalui Yayasan Bena Nusa.

“Yang membezakan hanyalah jika menang, saya boleh menyumbang pada skala lebih besar dengan menggunakan pengalaman saya kepada kerajaan persekutuan,” katanya selepas selesai proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau disahkan sebagai satu daripada empat calon merebut kerusi Parlimen Titiwangsa. Johari berdepan cabaran calon PH yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad; calon Perikatan Nasional (PN), Dr Rosni Adam dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mengulas mengenai cabarannya bertemu Khalid yang dilihat sebagai calon ‘heavyweight’, Johari berpandangan sesiapa saja boleh menawarkan khidmat kepada rakyat, namun rekod perkhidmatan bakal menjadi penentu untuk rakyat membuat pilihan.

Katanya, pilihan calon yang ramai juga menjadikan tiada mana-mana pihak yang boleh memaksa pengundi memilih mereka, sebaliknya perlu menawarkan khidmat terbaik untuk meyakinkan pengundi.

“Yang penting pengundi perlulah jalankan sedikit penyiasatan untuk mengetahui rekod perkhidmatan dan latar belakang setiap calon.

“Kita perlu faham, kita dalam proses memilih wakil rakyat, bukan pilih menteri. Jadi rakyat kena tahu bila nak pilih,” katanya.

Dalam PRU-14, kerusi Parlimen Titiwangsa dimenangi oleh Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun yang ketika itu mewakili PH dengan majoriti 4,139 undi, menewaskan Johari dan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad.

Untuk PRU-15, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ‘melarikan diri’ dari Parlimen Titiwangsa untuk bertanding di Parlimen Sepang mewakili PN.

-Harian Metro

Tags: johari abdul ghaniPRU-15titiwangsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lantik Johari Wakili Parti Runding RUU PSB

UMNO Lantik Johari Wakili Parti Runding RUU PSB

03/10/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO melantik Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mewakili parti itu untuk berunding dengan pihak kerajaan bagi...

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd