• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat Tak Akan Leka, Akui Lawan Ada Kekuatan Tersendiri

oleh Mohd Arshad
05/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tok Mat Tak Akan Leka, Akui Lawan Ada Kekuatan Tersendiri
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, menyifatkan semua kelima-lima calon yang bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan bersikap leka dan terlalu yakin untuk mencapai kemenangan.

“Saya sudah menggesa jentera BN Rembau untuk terus melaksanakan gerak kerja sebaik mungkin, tersusun dan teratur serta santuni seramai mungkin pengundi setiap pelusuk kawasan di Parlimen Rembau ini.

“Dalam kempen ini nanti, kita tidak akan mengusik sesiapa kerana PRU ini adalah bertujuan untuk memilih parti yang akan menubuhkan kerajaan kelak.

“Pastinya kerajaan yang akan ditubuhkan nanti adalah kerajaan yang mantap dan stabil kerana negara memerlukan kerajaan yang stabil untuk terus membangun,” katanya kepada pemberita selepas berakhir proses penamaan calon di Dewan Seri Rembau, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, kerajaan yang tidak stabil tidak akan membawa apa-apa kebaikan, bahkan ia akan menjejaskan pembangunan negara.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, rakyat tidak harus bimbang mengenai siapa yang hendak menguruskan negara.

“Kami (BN) adalah pasukan yang mempunyai kewibawaan dan bakat serta pengalaman untuk menguruskan Malaysia menjadi sebuah negara disegani kawan dan lawan di peringkat antarabangsa.

“Saya berharap pada PRU15 ini, rakyat bukan sahaja dalam kawasan Parlimen Rembau tetapi di seluruh negara agar dapat berfikir dengan baik, jangan ikut perasaan dan pilihlah parti serta kerajaan yang mempunyai rekod yang baik,” katanya.

Mohamad yang bertanding buat pertama kali bagi kerusi Parlimen, bakal menghadapi saingan sengit apabila empat pencabar lain turut mengemukakan pencalonan masing-masing.

Mereka ialah Mohd Nazree Mohd Yunus, mewakili Perikatan Nasional (PN), Jufitri Johar daripada Pakatan Harapan (PH) dan S Tinagaran daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta Ramly Awaluddin, mewakili Gerakan Tanah Air (GTA-PEJUANG).

Pada PRU14, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang mewakili BN, menang kerusi itu dengan majoriti 4,364 undi.

Berdasarkan rekod SPR, terdapat seramai 133,461 pemilih berdaftar di Parlimen Rembau.

Parlimen Rembau membabitkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kota, Chembong, Rantau dan Paroi.

-Berita Harian

Tags: PRU-15Tok Mat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

Tok Mat Balik Rantau Bantu Masak ‘Lomang’, Gulai ‘Lomak’ Cili Api 

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub RANTAU – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mencuri perhatian netizen menerusi satu rakaman video di muat naik...

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

Tok Mat Santuni Rakyat Di Tujuh Lokasi Dalam Sehari, Sampaikan Bantuan Aidilfitri

17/03/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN - Kesibukan jadual tidak menghalang Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk turun padang menyantuni rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd