• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15 Mungkin Penggal Terakhir Saya-Ku Li

oleh Mohd Arshad
04/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15 Mungkin Penggal Terakhir Saya-Ku Li
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG : Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mungkin penggal terakhirnya bergelar wakil rakyat selepas sepuluh penggal mewakili penduduk di kawasan itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ku Li berkata, beliau sudah lama menggalas tanggungjawab tersebut dan sudah tiba masanya memberi laluan kepada orang lain.

“Barang kali ini adalah ‘The Last Hurrah’ (kemenangan terakhir sebelum bersara) buat saya,” katanya selepas merasmikan Kejohonan Bola Jaring Piala Ku Li, di Bukit Cekati, di sini hari ini.

Veteran UMNO itu memberitahu, memegang rekod sebagai Ahli Parlimen selama sepuluh penggal bukanlah satu kemegahan sebaliknya satu tanggungjawab yang perlu digalas sebaik mungkin.

“Saya tidak menafikan banyak pelapis pemimpin muda di daerah ini. Namun rakyat di sini masih mahu saya terus kekal bertanding termasuk Orang Asli,” kata beliau.

Pada PRU14 lalu, Ku Li menang dengan majoriti 3,913 undi menewaskan calon Pas dan Pakatan Harapan (PH).

Dalam majlis sama, Ku Li berkata, pemimpin yang ‘merajuk’ kerana na­manya tidak dicalonkan pada PRU15 sehingga melakukan protes bertanding atas tiket parti lain bukanlah pejuang parti sebenar.

Oleh itu, beliau mengingatkan pemimpin di semua peringkat harus menerima keputusan parti yang meletakkan siapa sahaja calon untuk bertanding pada kali ini.

Katanya, sikap pemimpin kecewa yang menukar parti lain bukanlah perkara baharu malah disifatkan sebagai tidak matang.

“Nombor satu mereka ini macam budak-budak dan nombor dua mereka tak dapat bersabar. Orang merajuk kerana dia rasa kecewa. Dia masuk parti lain.

“Dukacitalah kalau itu sikap dia, maknanya dia bukanlah menjadi pejuang kita sebenarnya. Kalau kita sendiri nak juga, tapi Tuhan tak izin tak boleh bertanding juga,” katanya .

-Utusan Online

Tags: Ku LiPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd