• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Dakwa BN, PH Ada Rancangan Sulit Bentuk Kerajaan

oleh Mohd Arshad
03/11/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Muhyiddin Dakwa BN, PH Ada Rancangan Sulit Bentuk Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin mendakwa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai perancangan sulit untuk bergabung membentuk kerajaan selepas PRU15.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Justeru, penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu mengajak rakyat tidak membenarkan dua parti berkenaan kembali berkuasa selepas PRU nanti.

“Saya tegaskan jika kita tidak keluar mengundi, kita seolah-olah memberi hak kepada seorang yang tidak layak untuk memerintah negara.

“Kita tidak boleh membiarkan BN dan PH kembali berkuasa dan rakyat mesti memastikan perancangan sulit mereka untuk bergabung membentuk kerajaan selepas PRU tidak berlaku,” katanya.

Beliau juga menyeru setiap orang wajib keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab memilih sebuah kerajaan baharu.

“Saya juga menegaskan PRU15 sangat luar biasa dan antara yang terpenting untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, amanah, bersih dan tidak bobrok,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pembentukan gagasan PN terbina atas kesedaran untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat, maju, bermaruah dan berjaya.

“Hasrat ini tidak akan dapat dicapai jika setiap parti bergerak secara bersendirian dan bukan dalam satu jemaah. Justeru saya menegaskan perlunya ada kerjasama dalam kalangan parti-parti bagi mewujudkan satu jemaah besar untuk menerajui negara.

“Alhamdulillah gagasan berkenaan menjadi kenyataan apabila PAS dan GERAKAN serta beberapa parti dari Sabah bersetuju untuk bersama-sama membentuk Kerajaan PN,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Bentuk KerajaanBNMuhyiddin YassinPHPRU-15Rancangan Sulit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd