• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Helikopter Terhempas: Khidmat PDU Ditangguhkan

oleh AK-47
27/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Helikopter Terhempas: Khidmat PDU Ditangguhkan
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Perkhidmatan Pasukan Doktor Udara (PDU) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta ditangguhkan sementara, susulan insiden helikopter terhempas semasa melakukan pendaratan cemas di Brinchang, Cameron Highlands, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, hal itu bagi menunggu penilaian keselamatan dan perbincangan dengan syarikat penerbangan, selain proses kaunseling untuk sebuah lagi pasukan PDU PKD berkenaan supaya yakin meneruskan perkhidmatan.

“Pasukan ini yang memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman terutama perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, Hulu Perak serta kawasan-kawasan berhampiran kemungkinan akan disambung semula dalam beberapa hari.

“Perkhidmatan pasukan ini sangat penting kerana diberikan secara harian kepada mereka yang terputus dengan fasiliti kesihatan disebabkan muka bumi mencabar dan jarak yang jauh, tetapi semalam berlaku kemalangan,” katanya pada sidang media selepas melawat enam mangsa insiden itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Kejadian itu membabitkan juruterbang Kapten Fedzrol Norazam, 43, dan lima kakitangan Kementerian Kesihatan iaitu Pegawai Perubatan Munirah Abd Rahman, 53, Jururawat Masyarakat Hashilawati Hussin, 43, Jururawat Staf Norhasikin Abu Seman, 38, Pembantu Kesihatan Awam Zainurol Fazlan Zainudin, 40, dan Penolong Pegawai Perubatan Muhamad Azlan Hanifah, 31.

Khairy berkata, helikopter yang digunakan dalam pasukan itu bukan milik KKM tetapi disewa daripada syarikat yang berlesen dan berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta melalui semua semakan keselamatan.

“Berdasarkan laporan polis dan pihak berkuasa, kejadian dipercayai bukan berkaitan dengan pesawat tetapi ada kaitan dengan cuaca dan Kapten Fedzrol telah memastikan pesawat dapat mendarat dengan selamat disebabkan cuaca amat buruk ketika itu.

“Kita serah siasatan kepada polis dan pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan mereka, tetapi melalui dapatan awal ini adalah berkenaan dengan cuaca yang buruk yang telah menyebabkan (Fedzrol) melakukan pendaratan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan syarikat penerbangan carter itu untuk memastikan perkhidmatan tersebut dapat diteruskan walaupun pada musim tengkujuh.

Katanya kesemua mangsa kini dalam keadaan stabil hasil tindakan pantas pasukan penyelamat dan perubatan di lokasi kejadian.

-Harian Metro

Tags: helikopter terhempasPDU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Helikopter Terhempas: Koperal Adline Baru Kahwin

Helikopter Terhempas: Koperal Adline Baru Kahwin

12/07/2025
0

Johor Bahru: Koperal Adline Liu, 32 yang terbabit nahas helikopter yang terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah di sini, kelmarin,...

Helikopter Terhempas: Kru Ditidurkan, Paru-paru Dijangkiti Kuman Akibat Lemas

Helikopter Terhempas: Kru Ditidurkan, Paru-paru Dijangkiti Kuman Akibat Lemas

11/07/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang kru helikopter terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah semalam iaitu Konstabel RG Devendran, 30 masih ditidurkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd