• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Kotak Milo Punca Budak Lelaki Dikejar Monyet

oleh AK-47
26/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Air Kotak Milo Punca Budak Lelaki Dikejar Monyet
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila dikejar monyet sebelum menyelamatkan diri dengan memeluk kaki seorang wartawan di Pantai Teluk Cempedak, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Satu rakaman video yang dikongsi di aplikasi TikTok oleh Fareez Azmann, menunjukkan seorang budak lelaki menangis dan berlari sebelum memeluk kakinya ketika membuat liputan siaran langsung.

“Kisah siaran langsung di Teluk Cempedak tadi. Kasihan adik ini kena kejar monyet, terus peluk kaki saya. Sebab dia pegang air kotak milo. Kasihan dia,” tulis Fareez pada kapsyen video.

Hantaran video yang berdurasi selama satu minit tersebut telah tular di Tiktok dengan 808.6 ribu tontonan dan 94.2 ribu tanda suka telah mengundang pelbagai reaksi daripada penonton.

Ramai penonton yang terhibur akan gelagat budak lelaki tersebut yang memeluk kaki orang asing kerana takut dikejar monyet.

“Dapat dengar adik itu terjerit-jerit di awal video,” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

“Aduhai adik, nasib baik abang ini ada. Kalau tidak, sampai ke sudah awak berlari. Comel,” kata Ayu.

Dalam pada itu, terdapat juga komen yang memuji sikap wartawan tersebut yang sangat profesional dalam mengawal keadaan.

“Mantap abang. Masih lagi tersusun ayat, kalau saya sudah blank (kosong) sebab ikut jerit sekali,” ujar pengguna lain.

“Power (hebat) abang, terus masuk isu monyet dan pelancongan,” komen Shafeeq.

Susulan video tular ini, orang ramai turut mengingatkan pelancong untuk berhati-hati ketika melancong ke kawasan tersebut kerana monyet mudah agresif ketika melihat makanan yang dibawa.

-Kosmo Online

Tags: Air Kotak Milobudak lelakimonyet
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

30/10/2025
0

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam — Namun Dakwaan Jangkitan Penyakit Disangkal Oleh Mynewshub WASHINGTON,...

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua klip video tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki menyembur cat ke badan dan muka seekor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd