• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Kekal Cadangan Tiga TPM Jika Terajui Kerajaan

oleh Mohd Arshad
23/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PH Kekal Cadangan Tiga TPM Jika Terajui Kerajaan
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan Tmbalan Perdana Menteri (TPM) diwujudkan, jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat. Kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah, di sini, hari ini.

Pada 4 September tahun lalu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng, berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa peringkat Persekutuan.

Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PH di Sabah, Anwar, yang juga Presiden PKR, berkata perkara itu sudah selesai dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di Jelajah PH Sabah di TAWAU hari ini, Anwar berkata PKR yakin dapat mempertahan kerusi Parlimen Tawau, Ranau dan Putatan di Sabah yang dimenanginya pada PRU14 pada 2018, berdasarkan sokongan dan kesedaran rakyat serta kerja keras jentera parti di negeri itu.

“Ahli Parlimen (calon) yang diangkat berani berucap tegas, memperjuang nasib rakyat Sabah, dan syarat lain, mesti memiliki rekod integriti bersih, tidak mengambil kepentingan (untuk diri sendiri), termasuk balak serta kontrak dari negeri Sabah,” katanya.

Anwar berkata, Sabah memerlukan dasar yang boleh membantu rakyat termasuk berkaitan peluang pekerjaan, isu harga barang, mutu pendidikan, kemudahan asas, kesihatan serta penjanaan ekonomi.

Pada PRU14, PKR menang di Parlimen Tawau, Ranau serta Putatan, namun penyandang kerusi Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, keluar parti dan menyertai BERSATU.

Bernama-

Tags: Anwar IbrahimPHPRU-15tpm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd