• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Syed Saddiq Beri Isyarat Pertahan Kerusi Parlimen Muar

oleh AK-47
23/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Syed Saddiq Beri Isyarat Pertahan Kerusi Parlimen Muar
Share on FacebookShare on Twitter

Muar : Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi isyarat jelas bakal bertanding mempertahankan kerusi parlimen Muar dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, jika diberi peluang beliau akan berkhidmat dengan lebih baik dan bertekad memperjuangkan sistem dasar yang kukuh.

“Saya akan membantu membentuk kestabilan pentadbiran, meningkatkan taraf ekonomi dan mengutamakan pendidikan, pengagihan sumber yang seimbang, membanteras korupsi dan menjamin kesejahteraan semua.

“Sejujurnya, kalau boleh putar masa sekali pun saya masih akan pilih untuk berkhidmat kepada orang Muar.

“Sebabnya, rumah adalah tempat di mana hati berada dan di Muar ia hati saya berada,” katanya yang dipetik menerusi Kad Laporan Syed Saddiq di Muar sempena Malam Mesra Muo dan Pelancaran Jentera PRU-15, Parti MUDA.

Sementara itu, menerusi kad laporan berkenaan Syed Saddiq berkata, beliau berjaya mengumpul lebih RM90 juta dana bagi pembangunan orang Muar.

Katanya, sewaktu Covid-19 melanda Malaysia, beliau melakukan pelbagai inisiatif untuk memastikan kelangsungan hidup warga Muar terjaga termasuk pemberian laptop dan tablet kepada lebih 1,900 keluarga dan bantuan makanan.

“Ribuan terima kasih saya ucapkan atas mandat yang diberi sejak 2018, tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Muar memikul sehabis baik.

“Saya terhutang budi kepada warga Muar telah saya atas kepercayaan yang telah diberikan, kalau bukan kerana kamu semua, saya tidak akan mampu memperjuangkan Malaysia yang lebih baik.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, walaupun banyak cabaran

yang dilalui lagi-lagi dari segi peruntukan dan dana sampai saya kena botakkan rambut, jual ‘merchandise’ dan macam-macam lagi,” katanya.

Syed Saddiq yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) meraih sebanyak 22,341 undi pada PRU-14 dan menang dengan majoriti sebanyak 6,953.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim yang meraih 15,388 undi dan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kehilangan wang deposit apabila hanya meraih sebanyak 4,354 undi.

-Harian Metro

Tags: Kerusi Parlimen MuarPRU-15Syed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd