• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid: UMNO Letak Ketua Bahagian Tanding Di Tambun

oleh AK-47
23/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Zahid: UMNO Letak Ketua Bahagian Tanding Di Tambun
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Umno Bahagian Tambun Datuk Aminuddin Md Hanafiah dijangka bakal dipilih oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon itu telah dicadangkan Badan Perhubungan Umno Perak.

“Calon (BN) di Tambun yang dicadangkan ialah Ketua Umno Bahagian Tambun yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Negeri iaitu Datuk Aminuddin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada satu majlis di Hutan Melintang dekat Bagan Datuk semalam.

Khamis lepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15.

Pada PRU14, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang bertanding atas tiket PH menggunakan logo PKR, menang dalam pertembungan tiga penjuru menentang calon BN dan PAS, selepas meraih 38,661 undi dengan majoriti 5,320 undi.

Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk berkata percubaan PH untuk mempertaruhkan Anwar pada PRU15 di Perak, amat dialu-alukan.

“Perak adalah tempat kubu kuat BN, namun kalau mana-mana parti mahu mencuba, kita mengalu-alukan percubaan mereka,” katanya.

Sementara itu merujuk kepada persoalanan sama ada penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan dicalonkan semula di kerusi Parlimen berkenaan, Ahmad Zahid berkata perkara itu akan diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan parti.

Menurutnya perkara sama turut diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan parti bagi mengenal pasti kerusi yang sesuai untuk Khairy Jamaluddin yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Rembau.

Sebelum ini, Khairy mengumumkan beliau memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di Parlimen Rembau pada PRU15 nanti.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad Zahid HamidiKetua BahagianTambunUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd