• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Berjasa Tidak Sokong Kesediaan GTA Kerjasama PH

oleh AK-47
23/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Berjasa Tidak Sokong Kesediaan GTA Kerjasama PH
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) tidak menyokong sekiranya Gerakan Tanah Air (GTA) mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden Berjasa, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, segala keputusan perlu didasari kesepakatan atau konsensus semua komponen GTA dan tidak hanya berkisar pendapat peribadi.

“Saya mengambil maklum laporan kenyataan Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan kesediaan GTA untuk mengadakan kerjasama dengan PH.

“Berjasa menghormati sistem musyawarah yang menjadi tunjang kepada kesepakatan komponen GTA terdiri dari parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga tokoh-tokoh nasional.

“Justeru, segala keputusan berkaitan dasar GTA itu sendiri perlu didasari kesepakatan atau konsensus semua komponen GTA dan tidak hanya berkisar pendapat peribadi mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, Mukriz yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Penaja GTA dilaporkan berkata, GTA bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Mukriz, terdapat dua kaedah bagi GTA untuk membentuk kerjasama politik iaitu menyertai gabungan parti politik atau melakukan pakatan pilihan raya bagi mengelakkan pertindihan calon di sesuatu kerusi.

-Sinar Harian

Tags: BerjasaGTAPHPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

“Bang Mat Menjadi Saksi Perjuangan Anwar Bawa Islah Kepada Negara”

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa beliau merupakan saksi kepada perjuangan Datuk Seri...

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd