• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolong Pegawai Perubatan Rentung Dalam Nahas Dekat Bukit Jalil

oleh Mohd Arshad
22/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penolong Pegawai Perubatan Rentung Dalam Nahas Dekat Bukit Jalil
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Wanita yang rentung dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 10.8 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dekat Bukit Jalil di sini pagi tadi, adalah Penolong Pegawai Perubatan Hospital Putrajaya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa, Wong Zhen Ying, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta dipandu terbakar, manakala empat rakannya yang menaiki kereta sama sempat menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin, berkata polis menerima maklumat kemalangan pada jam 6.50 pagi.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan Perodua Bezza dipandu mangsa dan Proton Saga.

“Siasatan mendapati kereta dinaiki mangsa bersama empat penumpang berhenti di lorong kecemasan dan ketika bergerak untuk meneruskan perjalanan, kereta mereka dilanggar Proton Saga dari arah belakang.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas merempuh pembahagi jalan dan kemudian terbakar.

“Keempat-empat penumpang berjaya menyelamatkan diri, tetapi pemandu tersepit di tempat duduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahammad Sadiq Yusoff di talian 013-4545679 atau Trafik Kuala Lumpur di talian 03-20719999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

BHonline-

Tags: kemalanganPenolong Pegawai Perubatanrentung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd