• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rundingan Penuh Kapal LCS Dimuktamad Hujung Tahun – MINDEF

oleh Mohd Arshad
21/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rundingan Penuh Kapal LCS Dimuktamad Hujung Tahun – MINDEF
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjangka semua rundingan berhubung pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dengan pihak berkepentingan khususnya di Eropah akan dimuktamadkan pada penghujung tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Terbaru, mesyuarat dua hala antara MINDEF dan pihak berkepentingan di Eropah sudah mencapai tiga persetujuan penting iaitu persetujuan serta sokongan penuh daripada pembina kapal dari Perancis, Naval Group terhadap usaha Kerajaan Malaysia untuk meneruskan projek LCS.

Kedua, pihak Naval Group berjanji memberikan komitmen dalam usaha memastikan kapal LCS siap sepenuhnya mengikut masa ditetapkan Kerajaan Malaysia.

Ketiga, pihak Naval Group juga menyatakan persetujuan untuk meneruskan rundingan dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) berhubung harga.

MINDEF berkata, perkara penting itu dicapai selepas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta supaya pasukan MINDEF, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melakukan perbincangan secara bersemuka bagi melancarkan lagi proses rundingan dengan pihak berkepentingan di Eropah.

“Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Seri Muez Abd Aziz; Timbalan Panglima Tentera Laut, Datuk Abdul Rahman Ayob; Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Nazim Rahman dan beberapa lagi pegawai tertinggi MINDEF, TLDM serta BNSSB sudah melakukan lawatan kerja ke Euronaval di Perancis.

“Ia dilaksanakan antara lain bertujuan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Pengarah International Directorate, Gaël Diaz De Tuesta, DGA dan pihak Kementerian Pertahanan Perancis serta Naval Group,” katannya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, perkembangan yang amat signifikan dan positif dalam LCS itu berupaya memperkukuhkan lagi usaha semua pihak khususnya di negara ini untuk memastikan projek itu dapat diteruskan semula dengan sebaik mungkin.

“Ia juga selari dengan syor beberapa pihak berkepentingan termasuk Jemaah Menteri, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).

“Ia juga menunjukkan fasa mobilisasi berjalan lancar dan semua pihak berkaitan melaksanakan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin, justeru dengan perkembangan ini, dijangka semua rundingan dapat dimuktamadkan pada penghujung Disember ini,” katanya.

Katanya, pihak MINDEF akan terus memaklumkan perkembangan projek LCS ini kepada umum dari semasa ke semasa.

BH sebelum ini melaporkan, Hishammuddin menegaskan penyerahan LCS pertama kepada TLDM kekal dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi, seperti diumumkannya Ogos lalu.

Menerusi pertemuan dengan Kerajaan Perancis, beliau berkata, negara itu meletakkan keutamaan tertinggi untuk meneruskan dan menyiapkan LCS dan ia perkembangan yang mustahak terutama pada fasa mobilisasi enam bulan seperti diputuskan Jemaah Menteri, April lalu.

Projek LCS yang dihentikan pada 2019 sebelum ini diputuskan tetap diteruskan dalam memastikan TLDM memperoleh aset yang sudah dijanjikan kerajaan kepada pasukan itu.

Pada 15 November lalu, BH turut melaporkan Hishammuddin pada sidang Dewan Rakyat, berkata kelewatan perolehan LCS berpunca pihak pengeluaran produk tulen (OEM) memberhentikan kerja susulan masalah kewangan.

Beliau dilaporkan berkata, proses perolehan itu mengalami kelewatan 39.52 peratus atau 43 bulan.

Perkara itu menyebabkan pembayaran kepada OEM tidak dibuat mengikut jadual ditetapkan, selain kegagalan kontraktor menyiapkan reka bentuk dalam tempoh ditetapkan dan lewat memuktamadkan perolehan sebahagian peralatan serta kualiti kerja yang tidak mengikut spesifikasi.

Hingga kini tiada satu pun LCS yang disiapkan dan diserah kepada TLDM, walaupun perjanjian kontrak pada Januari 2014 menggariskan bahawa LCS 1 iaitu dua kapal pertama sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada April 2019.

-Berita Harian

Tags: Kapal LCSMindefRundingan Penuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

MALBATT 850-13 Kekal Siap Siaga Hadapi Sebarang Kemungkinan Walau Gencatan Senjata

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan tanggungjawab di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd