• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-15: Senarai Akhir Calon GRS Hampir Siap

oleh Mohd Arshad
20/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU-15: Senarai Akhir Calon GRS Hampir Siap
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Senarai akhir calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hampir siap dan akan diumumkan sebelum Hari Penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, calon-calon GRS sudah disenarai pendek dan hampir sampai ke peringkat akhir saringan.

“Kita sudah seakan-akan sampai ke senarai akhir kita untuk mengetengahkan calon-calon yang boleh menang dan diterima rakyat.

“Kita mahu calon yang boleh memberi khidmat apabila mereka menang dalam pilihan raya,” katanya ketika ditanya mengenai senarai calon GRS menjelang PRU-15.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Yayasan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, hari ini.

Ketua Menteri itu berkata, GRS dan Barisan Nasional tidak akan bertembung sesama sendiri pada pilihan raya kali ini.

“Kita sudah buat persefahaman bahawa kita tidak akan bertanding antara satu sama lain. Persefahaman kita iaitu calon GRS bertanding, Barisan Nasional kena sokong dan dimana calon Barisan Nasional bertanding, GRS akan sokong, itu prinsip kerjasama.

“Jadi kita mesti ada satu jajaran atau konsep politik kerana di Sabah ini sudah lama bergaduh-gaduh maka, saya harap tidak perlu lagi berlawan-lawan. GRS dan Barisan Nasional berada dalam satu blok kerajaan.

“Janganlah pasang calon macam-macam kerana dalam pilihan raya ini musuh utama kita ialah pembangkang iaitu Parti Warisan (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerjasama antara GRS dan Barisan Nasional yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu terus dihormati.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan agihan kerusi antara Barisan Nasional dan GRS adalah 50-50 dan pengumuman calon itu akan dibuat serentak.

-Utusan Online

Tags: CalonGRSPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Jangan Tipu, Semua Parti Dan Calon Guna FB Ads” – Marina Ibrahim

“Jangan Tipu, Semua Parti Dan Calon Guna FB Ads” – Marina Ibrahim

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menyelar pihak yang menjadikan penggunaan iklan berbayar di...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd