• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Hari Mengundi 19 Nov, Penamaan Calon 5 Nov

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Hari Mengundi 19 Nov, Penamaan Calon 5 Nov
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ditetapkan pada 19 Nov.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hari penamaan calon pula pada 5 Nov, dengan tempoh berkempen 14 hari.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR Ghani Salleh pada sidang media di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya sebentar tadi.

PRU15 diadakan selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membubarkan parlimen pada 10 Oktober.

Bagaimanapun hanya tiga negeri – Perak, Perlis dan Pahang – akan turut mengadakan pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Turut diadakan serentak adalah pilihan raya kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah, yang ditangguhkan susulan darurat bagi mencegah penularan Covid-19 sebelum ini.

Negeri-negeri Pakatan Harapan dan PAS tidak akan mengikuti langkah itu.

Tempoh penggal bagi Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor–yang telah mengadakan pilihan raya negeri lebih awal–pula masih panjang.

Pada sidang mediannya itu, Ghani juga memaklumkan bahawa pengundian awal akan diadakan pada 15 November.

“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 18 November 2022 (Jumaat),” katanya.

SPR akan menggunakan daftar pemilih terkini hingga daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini pada 9 Oktober lalu.

-Malaysia Kini

Tags: hari mengundipenamaan calonPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gelombang Biru BN-PN Warnai Penamaan Calon PRN Melaka

Gelombang Biru BN-PN Warnai Penamaan Calon PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebagai...

PRU Melaka: Hari Mengundi 14 November, 687,697 Pemilih Terlibat, Kos RM28.45 juta

PRU Melaka: Hari Mengundi 14 November, 687,697 Pemilih Terlibat, Kos RM28.45 juta

07/10/2026
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 14 November 2026, Sabtu sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd