• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Buat Kontraktor Projek PPRT, PPR Ditambah

oleh AK-47
18/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peruntukan Buat Kontraktor Projek PPRT, PPR Ditambah
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan kabinet bersetuju menambah peruntukan buat kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan rumah mampu milik, daripada RM55,000 seunit kepada RM68,000 seunit.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Ismail Sabri, langkah itu dibuat kerana kerajaan sedar kontraktor terbabit sedang bergelut dengan isu kenaikan kos bahan binaan dan dengan adanya peningkatan harga tersebut, ia dapat membantu menambah margin keuntungan mereka.

“Dalam keadaan harga barang binaan yang masih tidak menentu, saya ingin memaklumkan bahawa kabinet telah meluluskan peruntukan tambahan untuk meninggikan atau meningkatkan harga rumah, seperti rumah PPRT (program perumahan rakyat termiskin) di bawah Kementerian Luar Bandar, perumahan PPR (program perumahan rakyat) di bawah KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), malah di bawah DBKL pun ada rumah yang ketika dulu (berharga) RM55,000 ditingkatkan kepada RM68,000.

“Ini bagi memastikan margin keuntungan ada supaya kontraktor yang terlibat dalam pembinaan rumah ini mendapat sedikit (keuntungan),” tambah Ismail Sabri.

Penyandang kerusi parlimen Bera itu berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, kata Ismail Sabri, ada kontraktor yang terlibat memulangkan semula projek perumahan mereka kepada kerajaan kerana tidak mampu menyiapkannya pada harga RM55,000 yang dibayar kerajaan.

“Harganya rendah sangat, tak untung… Bukan tak untung, kadang-kadang boleh rugi.

“Jadi kerajaan sedar dan setuju meningkatkan harga rumah supaya kontraktor mendapat margin keuntungan,” katanya.

Ismail Sabri turut berterima kasih kepada kontraktor Melayu yang didakwanya tabah menyiapkan projek rumah mampu milik walaupun tidak mampu mengaut keuntungan.

Pada Julai lalu, Dewan Rakyat diberitahu ada kontraktor tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam pembinaan PPRT kerana bayaran diberi kerajaan – bernilai RM55,000 seunit – tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kos bahan binaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad berkata pada masa itu kos untuk membina satu unit rumah mampu milik meningkat kepada RM67,000.

Justeru, katanya, kerajaan akan mengkaji semula garis panduan mereka untuk pembinaan PPRT.

-Malaysia Kini

Tags: Kontraktor Projek PPRT PPRperuntukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

Kerajaan Hilang Pertimbangan Waras Potong Peruntukan Sektor Kesihatan Awam RM3.06 Bilion – Takiyuddin

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) membantah cadangan Kementerian Kewangan (MoF) untuk memotong peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM3.06 bilion...

RM200 Juta Telah Diperuntukkan KPKT Bagi  Pembangunan Dan Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam

RM200 Juta Telah Diperuntukkan KPKT Bagi Pembangunan Dan Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperuntukkan RM200 juta bagi pembangunan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd