• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemberontak Syiah Kuasai Sanaa, Buru Pejuang Sunni

oleh AK-47
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pemberontak Syiah semalam mengawal pejabat kerajaan dan pangkalan tentera di ibu negara Yaman ini selepas menandatangani perjanjian damai tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan menamatkan pertempuran sengit selama seminggu.

Perjanjian itu yang ditandatangani presiden dan semua parti politik utama bertujuan meneruskan proses peralihan kerajaan negara itu, memetik laporan hmetro.online.

Sementara itu, penduduk Sanaa mula keluar ke jalan raya selepas tembak-menembak tidak lagi kedengaran selepas seminggu pertempuran meletus antara pemberontak itu dengan kumpulan pejuang Sunni.

Semalam, anggota pemberontak mengawal sekatan jalan raya bersama-sama tentera di luar pejabat kerajaan yang mereka tawan Ahad lalu, termasuk bangunan Parlimen, dan bank pusat.

Pemerintah tentera berkata, mereka diarah bekerjasama dengan pemberontak itu yang dikenali sebagai Ansarullah atau Houthi yang melancarkan pemberontakan sejak 10 tahun lalu di utara Yaman sebelum melancarkan usaha untuk mendapatkan kuasa di Sanaa bulan lalu.

“Kami bekerjasama dengan Houthi untuk melindungi bangunan dan harta kerajaan,” kata seorang pegawai kanan polis tentera di sekatan jalan raya berhampiran ibu pejabat stesen radio yang kini dikuasai kumpulan pemberontak itu.

Kementerian Dalam Negeri menggesa pasukan keselamatan tidak menghalang kumpulan berkenaan.

Kepantasan kemaraan Houthi itu menggambarkan dengan jelas kerapuhan kerajaan Yaman selepas kebangkitan yang memaksa Presiden Ali Abdullah Saleh meletak jawatan.

Houthi membawa pasukan tambahan mereka ke Sanaa dalam masa semalam dari kubu kuat mereka di utara.

Mereka melancarkan gerakan memburu pejuang Sunni, termasuk menyerbu rumah pemimpin kumpulan penentang itu.

Antara yang diburu ialah tokoh parti Islah serta Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar, veteran tentera yang mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Sunni.

Gabenor Sanaa Abdulqader Hilal meletak jawatan sebagai membantah tindakan pemberontak Syiah itu merampas keretanya.

Pemberontak itu berasal dari etnik Zaidi berfahaman Syiah yang mewakili 30 peratus daripada populasi Yaman.

Mereka ialah etnik majoriti di kawasan pergunungan utara, termasuk wilayah Sanaa.

Sementara itu, wakil pemberontak itu enggan menandatangani satu protokol keselamatan yang mensyaratkan mereka menyerahkan semula institusi yang mereka tawan. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

Tags: SyiahYaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan bahawa konflik antara Iran dan...

6 Terbunuh Dalam Letupan Bom Sasar Sekolah Syiah Di Kabul

20/04/2022
0

KABUL – Dua letupan bom di sebuah sekolah pelajar lelaki di ibu negara Afghanistan, Kabul meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd