NEW DELHI: India berjaya menguji peluru berpandu balistik yang dilancarkan daripada kapal selam berkuasa nuklear asli pertama.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Menurut Kementerian Pertahanan India, pelancaran itu sebahagian usaha meningkatkan keupayaan serangan negara itu yang semakin meningkat.
“Pelancaran itu penting untuk membuktikan kecekapan anak kapal dan mengesahkan kapal selam peluru berpandu balistik iaitu elemen utama keupayaan pencegahan nuklear India.
“Semua operasi dan parameter teknologi sistem senjata yang dilepaskan dari INS Arihant di Teluk Bengalla sudah diluluskan,” jelas kementerian itu dalam satu kenyataan.
Ujian keupayaan pencegahan nuklear menjadikan India antara enam negara selain Amerika Syarikat (AS), Britain, Russia, Perancis dan China, yang memiliki keupayaan serangan nuklear dan serangan balas di darat, laut dan udara.
Kejayaan ujian pelancaran Peluru Berpandu Balistik Kapal Selam (SLBM) menunjukkan usaha India ke arah membina peralatan ketenteraan sendiri.
India merupakan antara pengimport senjata terbesar di dunia dan masih banyak bergantung dari Moscow, pembekal aset tentera terbesar dan paling lama untuknya selama beberapa dekad.
UtusanOnline-


