• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Jelaskan Kenapa PAS Pilih Bersatu

oleh Mohd Arshad
14/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Hadi Jelaskan Kenapa PAS Pilih Bersatu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan Pas tidak berhasrat ingin bermusuh dengan Barisan Nasional (BN) selepas mengambil keputusan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, beliau berkata, Pas mendapati masih terdapat ‘kekeruhan’ yang membelenggu BN melibatkan beberapa perkara antaranya isu rasuah yang belum selesai.

“Barisan Nasional ini ada keruhnya. (Isu) Penerima rasuah tidak selesai lagi. Kita tahu penerima rasuah ini ada yang dituduh dan difitnah tetapi tidak selesai lagi.

“Bukan kita hendak bermusuh, kita tidak bermusuh tetapi kerana ada keruh. Kerana keruh ini kita tangguh dahulu (kerjasama dengan BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di Pantai Kelulut di sini, hari ini.

Abdul Hadi menambah, beliau juga mendakwa kecuaian BN dalam melaksanakan perjuangan Islam ketika mentadbir negara menyebabkan Pas menangguhkan kerjasama dalam PRU15 ini.

“Kita (Pas) hendak laksanakan Islam di Terengganu dan Kelantan tetapi dia (BN) rampas royalti (minyak). Hasil minyak Terengganu dia rampas, yang Kelantan dia tidak beri,” katanya.

Selain itu, Abdul Hadi juga berkata, keputusan BN untuk mengadakan PRU15 pada waktu terdekat ini dalam keadaan kebanyakan negeri sedang melakukan persiapan menghadapi banjir, menggambarkan kegopohan BN untuk memperoleh kuasa.

Sehubungan itu, katanya, PaS memilih untuk menjalin kerjasama dengan PN bagi menjernihkan keadaan meskipun mengakui bakal berhadapan jalan yang sukar dalam PRU15 ini.

“Hendak lebih senang dengan UMNO (BN) lah. Boleh menang cepat, ramai orang sokong tetapi kita hendak menjernihkan yang keruh terlebih dahulu,” katanya.

-Utusan Online

Tags: BERSATUHadiPASPRU-15
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd