• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PU Azman Didakwa Amang Seksual Dua Remaja Lelaki

oleh Mohd Arshad
12/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PU Azman Didakwa Amang Seksual Dua Remaja Lelaki
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada bulan Februari dan Julai tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

PU Azman atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Man berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Berdasarkan tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 3 hingga 5 pagi di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai lalu.

Selain itu, tertuduh turut berdepan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah bilik di rumah yang sama lebih kurang pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam, 5 Februari lalu dan di ruang tamu rumah sama antara pukul 3 hingga 6 pagi, 6 Julai lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.

PU Azman yang memakai baju kurta berwarna gelap kelihatan tenang ketika berada di pekarangan mahkamah.

Beliau selepas itu hadir dengan ditemani peguam, kakak dan abang iparnya pada pukul 8.30 pagi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Peguam yang mewakili tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad kemudian memohon jaminan yang rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.

“Beliau juga telah hadir hari ini dan menunjukkan kerjasama yang sangat baik.

“Tertuduh berusia 41 tahun adalah seorang bujang dan turut menanggung keluarga di Rantau, Seremban,” katanya dalam prosiding kes di sini hari ini.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai

Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember depan untuk serahan dokumen.

Sementara iitu, PU Azman ketika ditemui selepas membayar duit jaminan pada pukul 2.40 petang tadi mengucapkan terima kasih dan menghargai doa daripada semua pihak.

“Terima kasih kerana sudi menunggu dan Cikman menghargai doa daripada semua pihak. Alhamdulillah hari ini proses pertuduhan diserahkan kepada peguam,” katanya.

-Utusan Online

Tags: amang seksualPU AzmanRemaja Lelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

Guru Mengaji Didakwa Laku Amang Seksual

04/12/2025
0

Kota Bharu: Seorang guru mengaji didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual bukan...

Remaja Lelaki Maut Nahas 6 Kenderaan

Remaja Lelaki Maut Nahas 6 Kenderaan

12/10/2025
0

BATU PAHAT: Seorang remaja lelaki 14 tahun maut dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Kilometer 75.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd