• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Layan Sebarang Tuntutan Ke Atas Sabah

oleh Ahmad Albab
24/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 Sept, 1963.

“Kerajaan Malaysia menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah,” kata beliau.

Anifah berkata kementerian telah memanggil Kuasa Usaha Kedutaan Besar Republik Filipina Medardo G. Macaraig pada 19 Mei berkaitan kenyataan oleh Presiden Filipina Benigno S. Aquino III berhubung tuntutan Filipina ke atas Sabah dalam satu temu bual pada 15 Mei.

Dalam temu bual itu, Aquino menegaskan bahawa Filipina tidak akan menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah dan ada faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil langkah untuk mengemukakan tuntutan. – BERNAMA

https://youtu.be/ygpeBlln8l8

Tags: Anifah Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Warisan Hina Pejuang Lahad Datu – Anifah

21/09/2020
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan ucapan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin...

Raja Abdullah Tawar Kuda Jantan Kepada Najib – Anifah

13/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menolak tawaran Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd