• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Selangor Serah Senarai Calon Dalam Masa Terdekat – Noh

oleh AK-47
10/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
UMNO Selangor Serah Senarai Calon Dalam Masa Terdekat – Noh
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO Selangor akan menyerahkan senarai nama calon 22 bahagian parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata senarai itu melibatkan lima calon bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Sesetengah bahagian juga akan melibatkan enam calon termasuk penyandang kerusi sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP), di Tanjong Karang hari ini.

Sementara itu, Noh berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan UMNO bergerak secara solo atau sebaliknya.

“Kita sentiasa akur dengan arahan pucuk pimpinan, kini hanya menunggu keputusan penuh pimpinan parti dalam menentukannya,” katanya.

Noh berkata pihaknya akan melancarkan jentera di peringkat Bahagian dan Cawangan negeri itu tidak lama lagi.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Perhubungan Negeri akan mengemukakan nama calon kepada pimpinan ‘Top 5’ bagi penentuan calon UMNO, bermula Isnin.

‘Top 5’ merujuk Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata calon pilihan parti itu perlu mempunyai kriteria WALI iaitu boleh memenangi (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable).

-Malaysia Kini

Tags: PRU-15senarai calonUMNO Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

PRN: UMNO Selangor Akan Tanding Lebih Kerusi DUN

PRN: UMNO Selangor Akan Tanding Lebih Kerusi DUN

14/07/2023
0

GOMBAK : UMNO Selangor mengesahkan parti itu akan bertanding di lebih lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd